Kes Ebit Lew: Pendakwa dijangka panggil saksi baharu esok

February 6, 2023 · Isu semasa

Pendakwa raya dalam kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal Ebit Lew dijangka memanggil saksi baharu apabila perbicaraan disambung semula esok (Selasa, 7 Februari).

Bagaimanapun, butiran saksi keenam pihak pendakwaan masih belum didedahkan, lapor Sinar Harian hari ini.

Perbicaraan akan diteruskan selama empat hari, dari Selasa hingga Jumaat (10 Februari), di Mahkamah Majistret Tenom di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Pihak pendakwaan pada mulanya memanggil lima saksi, termasuk pendakwah Firdaus Wong, 39, dan dua pegawai polis.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim didakwa atas 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi Whatsapp antara Mac hingga Jun 2021.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Muhammad Ilmami Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohammad Ramli, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri and Nur Masrin Amalia.

Ebit Lew turut diwakili Peguam Kamaruddin Mohmad Chinki, Ram Singh dan Timothy Daud.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok