Ketua Menteri Pulau Pinang sahkan tiga lagi ladang babi dikesan penyakit ASF

February 3, 2023 · Isu semasa

Penularan penyakit demam babi Afrika (ASF) masih belum reda dan terdapat tiga lagi ladang dikesan dijangkiti wabak tersebut.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata kini sebanyak 27 ladang babi sudah dijangkiti dengan menjadikan keseluruhan babi yang dijangkiti kini adalah 62,197 ekor.

Pecahan keseluruhan ladang babi komersial yang dijangkiti ASF adalah 18 di daerah Seberang Perai Selatan (SPS); dua di Seberang Perai Tengah (SPT, ); empat di Seberang Perai Utara (SPU) dan tiga di Barat Daya (DBD)

Ladang babi komersil di Barat Daya menjadi ladang terbaharu yang dikesan positif ASF itu pada minggu lalu.

“Perebakan penyakit ini ke daerah Barat Daya mungkin berpunca daripada lori-lori yang digunakan untuk mengangkut babi-babi ke rumah sembelihan, mungkin lori ini tidak disanitasi dengan betul,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Pada 13 Januari lalu, Pulau Pinang mengisytiharkan wabak ASF di negeri itu sebagai “bencana” selepas kes dilaporkan di 11 ladang babi komersial di daerah SPS dan SPT, melibatkan 25,000 ekor babi.

Berdasarkan bancian tahun 2022 oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, terdapat 124 ladang babi di empat daerah di Pulau Pinang dengan populasi keseluruhan sebanyak 267,348 ekor.

Menurut Kon Yeow, sehingga semalam, sebanyak 11,943 ekor babi telah dimusnahkan dari ladang-ladang positif yang dikenal pasti dengan kerja-kerja pemusnahan masih giat dijalankan bagi mengekang penularan penyakit.

Jelas beliau, bangkai babi yang dilupuskan ditanam di satu kawasan yang jauh dari penempatan awam dan tiada pembangunan bagi memastikan tidak berlaku kacau ganggu kepada orang awam.

Katanya, sekiranya ladang-ladang babi komersil yang disahkan dijangkiti ASF mempunyai keluasan tanah yang mencukupi, bangkai babi akan dilupuskan di kawasan ladang terbabit.

“Sekiranya keluasan ladang tidak mencukupi, maka bangkai itu perlu ditanam di kawasan lain dan kawasan tanah di SPS mencukupi untuk menanam bangkai babi yang dijangkiti ASF,” katanya.

Tambah beliau, JPV negeri juga telah menghantar permohonan pampasan bagi 10 ladang babi yang telah selesai proses pelupusan kepada Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar (IPPV) di Putrajaya untuk dibawa ke peringkat Kerajaan Persekutuan bagi tindakan lanjut.

Dalam pada itu, katanya, orang awam dinasihatkan tidak berasa cemas dengan kejadian penyakit ASF kerana ia bukan penyakit zoonotik dan hanya menjangkiti ternakan babi serta babi hutan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
12 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok