Bekas isteri ahli perniagaan jual makanan tanggung tiga anak

February 2, 2023 · Isu semasa

Bekas isteri Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi memberitahu Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini terpaksa bekerja sambilan sebagai penjual makanan serta melakukan kerja-kerja dekorasi rumah bagi menanggung perbelanjaan anak-anaknya selepas bergelar ibu tunggal.

Emilia Hanafi, 43, berkata beliau memilih untuk bekerja sambilan kerana perlu menguruskan persekolahan tiga anak lelakinya yang berumur 17, 12 dan 10 tahun, termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.

“Saya menanggung anak-anak dengan menjual makanan yang dimasak dari rumah,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin pada perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Emilia.

Saksi pendakwaan ketujuh itu berkata pekerjaan sambilan itu dilakukan untuk menanggung keluarga termasuk tiga anak lelakinya kerana nafkah interim RM2,000 yang diterima bagi setiap anaknya adalah tidak mencukupi.

“Buat masa ini, saya bersama tiga anak menumpang di rumah ibu bapa saya,” katanya dalam nada sebak menurut laporan Bernama.

Emilia memberi keterangan hari ini selepas mahkamah membenarkan permohonan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal untuk Emilia dipanggil memberi keterangan walaupun pihak pendakwaan membantah permohonan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria bagaimanapun memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan semakan undang-undang terhadap perintah mahkamah itu supaya Emilia memberi keterangan hari ini.

Sepatutnya, hari ini saksi pendakwaan keenam, Elisa Nani iaitu adik perempuan Emilia disoal balas oleh peguam, namun Akberdin memohon supaya Emilia dipanggil untuk memberi keterangan terlebih dahulu kerana beliau saksi penting pendakwaan.

SM Faisal, 43, didakwa mencederakan Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 Nov 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nadia Othman bersambung 28 Feb ini.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
11 jam lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
11 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
PDRM nafi akaun TikTok milik Ayob Khan
March 29, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok