Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata

February 1, 2023 · Politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor membekukan beberapa akaun milik parti Bersatu, baru-baru ini, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang perlu diadakan di enam negeri sebelum Jun tahun ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman mengesahkan pembekuan akaun berkenaan.

“Saya boleh sahkan perkara itu, namun maklumat terperinci tidak dapat saya kongsi buat masa sekarang. Ahli MPT dimaklumkan perkara ini beberapa hari lalu,” katanya menurut laporan akhbar Berita Harian hari ini (1 Februari 2023).

Dr Muhammad Faiz bagaimanapun percaya pembekuan akaun Bersatu itu ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan RM92.5 billion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik Covid-19.

Pada masa sama, bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkongsi penyata akaun yang sudah diaudit di sebalik pelbagai dakwaan mengaitkan kononnya parti itu menerima RM4 bilion daripada RM92.5 bilion dana Pakej Rangsangan Ekonomi.

“Bagi yang tuduh Bersatu terima RM4 bilion dari RM92.5 bilion dana Pakej Rangsangan Ekonomi boleh lihat penyata akaun parti tahun 2020 dan 2021 yang telah diaudit.

“Akaun yang diaudit ini telah dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU. Ia telah difailkan di ROS dan merupakan dokumen awam. Tak boleh tipu punya,” katanya.

Dr Marzuki berkata untuk rekod, Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 dan meletak jawatan pada 16 Ogos 2021.

“Kalau RM4 bilion masuk dalam akaun Bersatu selepas Tan Sri Muhyiddin letak jawatan hebat betullah Bersatu.

“Sebagaimana amalan biasa, penyata kewangan Bersatu 2022 akan dibentangkan dalam PAT (Perhimpunan Agung Tahunan) pada bulan Mac nanti. Bolehlah sama-sama kita lihat ada tak RM4 bilion tu.

“Untuk rekod, UMNO ada RM192 juta ketika akaun parti itu dibekukan pada tahun 2018. Itu mungkin baki perbelanjaan PRU-14.
Baki ya tuan-tuan, atau “loose change”.

“Dah alang-alang tengok akaun Bersatu, mungkin elok juga tengok akaun PKR dan DAP termasuk akaun amanah (trustee account) yang dipegang bagi pihak parti jika ada.

“Maklumlah DAP jadi kerajaan di Pulau Pinang dan PKR pun kerajaan di Selangor dan Negeri Sembilan. Siasatlah dari mana sumber wang yang diterima oleh parti. Barulah fair and square. Kalau tengok gaya belanja pilihanraya PH pun boleh tahan juga,” katanya.

Penyata Akaun Bersatu

PPBM-2021-AUDITED-REPORT-1

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Mahu ambil empat ADUN, Anwar gadai prinsip terima ‘lompat parti’ pula?
October 19, 2021
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok