Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan

January 31, 2023 · Isu semasa

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dilantik sebagai jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan untuk berhadapan dengan media.

Perkara itu disahkan oleh Fahmi hari ini yang menurutnya, dalam mesyuarat Kabinet dua minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan arahan supaya beliau dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bertindak sebagai wakil atau jurucakap bagi kerajaan terutama ketika berdepan dengan pihak media, menurut laporan media.

Fahmi berkata sidang media selepas mesyuarat Kabinet setiap Rabu akan dikendalikan beliau sekiranya perdana menteri tidak dapat hadir.

“Mana-mana minggu, sebagai contohnya Perdana Menteri tidak dapat anjurkan sidang media mingguan, maka saya dan KKD akan usahakan,” katanya kepada media selepas majlis perhimpunan bulanan KKD di sini hari ini.

Fahmi berkata antara peranan sebagai jurucakap kerajaan adalah, pihak media boleh merujuk kepadanya untuk mendapatkan kepastian terhadap isu-isu yang perlu mendapatkan pengesahan.

“Ini bagi memastikan kementerian atau menteri yang tepat untuk dirujuk bagi mendapatkan maklum balas,” katanya.

Fahmi berkata KKD juga akan berbincang dengan badan penyiaran bagi menyediakan maklumat terperinci dan menyeluruh tentang aktiviti kerajaan yang dijangka disiarkan minggu depan dalam slot berita.

“Pelbagai maklumat yang disampaikan oleh kementerian dan agensi namun tiada penegasan kepada kepada pencapaian dan kejayaan yang dilakukan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya di perhimpunan itu Fahmi berkata, agensi KKD seperti Jabatan Penerangan Malaysia (Japen), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu membantu kerajaan untuk memberi penjelasan tentang konsep Madani.

“Intipati (Madani) itu lebih dari slogan tetapi hasrat yang dibawa kerajaan,” katanya adalah penting untuk KKD memainkan peranan untuk meneliti, menterjemah dan mengolah apa maksud Madani kepada rakyat.

Mengenai pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri, Fahmi berkata bukan sahaja Nurul Izzah, tetapi kerajaan pimpinan Anwar juga telah melantik beberapa individu sebagai penasihat termasuk Tan Sri Mohd Hassan Marican.

“Istilah penasihat itu jelas kerana mereka tidak akan menyentuh mengenai dasar, tiada punca kuasa termasuk memanggil mesyuarat serta tidak dibayar gaji,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok