Mahkamah Luxembourg ketepikan perintah diminta waris Sultan Sulu

January 30, 2023 · Isu semasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata mahkamah di Luxembourg telah memutuskan untuk mengetepikan perintah penahanan yang diminta oleh waris Sultan Sulu.

Menurutnya mahkamah mendapati bahawa waris terbabit memilih untuk tidak mendedahkan alamat sebenar mereka, sambil menambah bahawa “maklumat” itu adalah “penting” kepada mahkamah.

“Mahkamah mendapati bahawa tindakan penuntut untuk tidak mendedahkan alamat sebenar mereka adalah sesuatu yang penting yang menghalang penyampaian dokumen dan penguatkuasaan keputusan yang mungkin dikeluarkan terhadap penuntut.

“Menurut mahkamah, tindakan penuntut tersebut adalah suatu ‘kesusahan yang jelas’ yang menjejaskan Malaysia,” katanya menurut FMT.

Azalina mengecam waris dengan berkata, penuntut secara konsisten menggunakan tipu daya dalam tuntutan mereka terhadap Malaysia.

Beliau mengulangi pendirian bahawa Putrajaya akan meneruskan usahanya untuk melindungi dan memelihara kepentingan dan kedaulatan Malaysia, di samping akan terus mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan palsu penuntut.

Sebuah mahkamah di Luxembourg Selasa lalu bersetuju mengetepikan perintah yang membenarkan pihak mendakwa diri mereka sebagai waris kesultanan Sulu merampas aset Malaysia.

Ini merujuk kepada dua anak syarikat Petronas yang ‘dirampas’ oleh waris kesultanan Sulu tahun lepas berikutan pertikaian undang-undang dengan Malaysia berhubung pajakan ke atas Sabah yang belum dibayar.

Julai lalu, waris kesultanan Sulu mendapat perintah penahanan untuk merampas aset Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, yang didaftarkan di Luxembourg.

Tindakan waris kesultanan Sulu merampas aset Petronas itu adalah sebahagian daripada permohonan mereka untuk menuntut AS$14.92 bilion (RM63.34 bilion sehingga berita ini ditulis) daripada kerajaan Malaysia sebagai tindak balas kepada tindakan Malaysia memotong bayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu pada 2013.

Waris Sulu pada mulanya membawa perkara itu kepada timbang tara Sepanyol pada Julai 2019, dan penimbang tara yang dilantik Gonzalo Stampa membuat keputusan memihak kepada pihak yang menuntut.

Keputusan itu kemudian digunakan untuk merampas aset Petronas di Luxembourg.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Popular
Jemaah pulang umrah cetus kluster baharu di Sabah
December 22, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
21 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
21 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok