Dua ADUN PH dilantik dalam Kabinet Sabah, tiada wakil UMNO kem Bung Moktar

January 26, 2023 · Politik

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), masing-masing daripada DAP dan PKR menjadi wakil rakyat terbaharu dilantik dalam Kabinet Sabah hari ini.

Bagaimanapun, tiada lantikan melibatkan ADUN UMNO yang berada dalam kem Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang sudah dipecat daripada kerajaan negeri Sabah kerana berpakat dengan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

Mereka yang mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini, ialah ADUN Inanam, Peto Galim (PH-PKR) dan ADUN Likas, Tan Lee Fat (PH-DAP).

Seorang lagi ialah Lumadan, Datuk Ruslan Muharam mewakili Gabungan Rakyat Sabah – Parti Bersatu Sabah (GRS-PBS).

Ruslan dilantik sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, manakala Peto dan Lee Fat masing-masing dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan serta Pembantu Menteri Kewangan negeri.

Perlantikan itu dibuat susulan pengguguran dua penyandang jawatan pembantu menteri iaitu ADUN Pantai Manis, Mohd Tamin Zainal dan ADUN Sungai Sibuga, Datuk Mohd Hamsan Awg Supain.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata selain pelantikan baharu itu, rombakan portfolio bagi jawatan pembantu menteri sedia ada turut dilakukan.

“Pelantikan hari ini dan rombakan pembantu menteri yang dilakukan adalah kesinambungan kepada usaha ke arah mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Pelantikan pembantu menteri ini adalah untuk mengisi jawatan yang dikosongkan bekas Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk James Ratib yang sekarang menjadi Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.

“Ia juga untuk mengisi jawatan dikosongkan Datuk Jasnih Daya yang memilih untuk melepaskan jawatan Pembantu Menteri Kewangan untuk memberi laluan kepada yang lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, empat pembantu menteri sedia ada bertukar portfolio iaitu Datuk Seri Ruddy Awah (Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar); Datuk Harun Durabi (Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi); Datuk Fairuz Renddan (Pembantu Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Andi Suryady Bandy (Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian).

Ruddy dan Fairuz mewakili GRS, manakala Harun dan Andi Suryady mewakili UMNO Barisan Nasional (BN).

Harun dan Andi Suryady adalah antara empat ADUN UMNO BN memegang jawatan pembantu menteri yang sebelum ini menyertai Bung Moktar menarik sokongan kepada kerajaan negeri dan Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Hajiji berkata, beliau menekankan kepentingan untuk kerajaan negeri pimpinannya berfungsi sebagai sebuah pasukan yang berkongsi aspirasi sama, yang dibina atas dasar saling mempercayai dan menghormati.

“Kita memerlukan pasukan yang kukuh untuk melaksanakan pembangunan dan menunaikan janji pilihan raya kepada rakyat dan negeri,” katanya.

Awal bulan ini, Hajiji berdepan cubaan menggugurkan kedudukannya sebagai Ketua Menteri yang dibuat UMNO dan Parti Warisan (WARISAN), namun gagal berikutan sokongan majoriti masih diterima Hajiji untuk memimpin kerajaan negeri termasuk daripada tujuh ADUN PH dan lima ADUN UMNO yang tidak bersetuju dengan tindakan Bung Moktar mahu menukar kerajaan negeri.

Berikutan insiden itu, Hajiji melakukan rombakan Kabinet pada 9 Januari lalu dengan memasukkan dua ADUN PH, Datuk Christina Liew (Api-Api) sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan Phoong Jin Zhe (Luyang) sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian.

Selain itu, ADUN Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yanya (UMNO) dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya negeri menggantikan Bung Moktar dan Datuk James Ratib (Sugut) sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian negeri.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
MB Selangor sahkan nama dalam syarikat didakwa dapat tender rundingan terus: Laporan
March 1, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok