Seorang Hakim Mahkamah Rayuan jadi sasaran peguam Najib, buat bantahan

January 19, 2023 · Isu semasa

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding perbicaraan rayuan anak guamnya dengan menyasarkan seorang Hakim Mahkamah Rayuan, Abu Bakar Jais.

Peguam Najib itu membantah Abu Bakar daripada menjadi anggota panel hakim yang bersidang di Mahkamah Persekutuan hari ini bagi mendengar permohonan semakan semula berhubung sabitan serta hukuman kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Peguam itu berkata Abu Bakar tidak seharusnya menganggotai panel yang mendengar permohonan tersebut dan mahu hakim itu menarik diri atas alasan hanya hakim Mahkamah Persekutuan yang sepatutnya mendengar permohonan semakan itu.

Muhammad Shafee berkata mengikut Seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman 1974, komposisi hakim Mahkamah Persekutuan mestilah terdiri daripada semua hakim Mahkamah Persekutuan.

“Ini bukan soal peribadi kerana saya mengenali hakim Abu Bakar sejak dalam perkhidmatan lagi,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram berkata hakim Mahkamah Rayuan dibenarkan bersidang di Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 122 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berhujah bahawa bantahan terhadap hakim perlu menunjukkan bahaya berlakunya berat sebelah.

Abu Bakar antara panel lima hakim yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli untuk mendengar permohonan semakan Najib itu.

Hakim lain dalam panel itu ialah hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan.

Najib sedang berusaha untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas dalam mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
13 jam lalu· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok