Pemimpin veteran UMNO berdepan kes mahkamah dapat kebenaran sementara pasport

January 19, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan memberi kebenaran sementara pasport kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sedang berdepan perbicaraan kes untuk menunaikan umrah.

Bekas Pengerusi FELDA yang sedang dibicarakan itu akan menunaikan umrah bulan depan dan permohonannya mendapat kelulusan selepas tiga tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah membenarkannya diberi pasport sementara.

Panel terbabit membenarkan pasport Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dikembalikan kepadanya untuk ibadah umrah bermula 10 hingga 23 Februari dan dipulangkan semula kepada mahkamah pada 7 Mac ini.

Permohonan berkenaan yang dibuat oleh peguam bela Mohd Isa, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, pada 10 Januari lalu tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz.

Pasport itu dipersetujui untuk diserahkan pada 7 Mac ini kerana ia adalah tarikh Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Mohd Isa terhadap sabitan dan hukuman enam tahun penjara serta denda bagi kesalahan rasuah berkaitan pembelian sebuah hotel di Sarawak.

Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Mohd Isa, 74, atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh FELDA.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara FELDA, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, di sini antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan supaya semua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Mahkamah menaikkan jumlah jaminan daripada RM800,000 kepada RM1.5 juta, di samping menetapkan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan hingga rayuan selesai.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok