Polis akan panggil Azmin, Ummi Hafilda beri keterangan

May 15, 2021 · Isu semasa

Polis akan memanggil Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali untuk diambil keterangan berhubung dakwaan berkumpul meraikan sambutan Aidilfitri, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, polis juga akan memanggil anggota keluarga Azmin dan anggota Pasukan Gerakan Am yang bertugas di kediaman beliau untuk diambil keterangan.

Pada masa sama beliau berkata, pemilik akaun Facebook atas nama Ummi Hafilda Ali yang menyiarkan kenyataan itu akan juga dipanggil memberi keterangan.

“Maklumat awal mendapati sambutan dan jamuan raya tersebut hanya di kalangan ahli keluarga YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali yang mendiami kediaman tersebut.

“Keterangan petugas yang menjaga Pos Kawalan Kediaman Rasmi tersebut juga mengesahkan pada tarikh 13 Mei 2021 tiada pergerakan keluar masuk tetamu seperti yang didakwa dalam hantaran facebook yang telah tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Ummi Hafilda yang juga adik kepada Azmin bahawa ahli keluarga menteri berkenaan merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan sambutan Aidilfitri.

Kejadian itu didakwa berlaku kira-kira jam 8 pagi, hari raya pertama di kediaman rasmi Azmin di Presint 10, Putrajaya.

“YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali serta ahli keluarga, anggota Pasukan Gerakan Am yang bertugas di kediaman beliau dan pemilik akaun facebook Ummi Hafilda Ali serta saksi-saksi yang lain akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan,” kata Mohd Fadzil.

Beliau juga mengingatkan pengguna media sosial yang lain agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang ataupun jabatan.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
8 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok