Perbicaraan rayuan kes solar Rosmah dijadual semula pada Julai depan

January 6, 2023 · Isu semasa

Perbicaraan rayuan melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta berhubung rasuah projek hibrid solar di Sarawak dijadualkan semula pada 11 Julai depan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron menetapkan empat hari, bermula 11 hingga 14 Julai untuk pendengaran rayuan semasa pengurusan kes hari ini.

Turut hadir semasa prosiding hari ini Timbalan Pendakwa Raya Deepa Nair Thevaharan, mewakili pihak pendakwaan, manakala Rosmah diwakili peguam Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader.

Timbalan pendakwa raya Poh Yih Tinn mengesahkan tarikh itu dengan media berkata, tarikh perbicaraan pada 22 dan 23 Jun yang pada mulanya ditetapkan 19 Disember lepas untuk pendengaran rayuan telah dikosongkan.

Beliau berkata pihak perayu diarah memfailkan hujahan masing-masing pada 9 Jun dan hujahan jawapan pada 23 Jun.

Pengurusan kes terakhir untuk rayuan ditetapkan pada 4 Julai, katanya lagi.

Pada 1 Sept tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM1.25 bilion berhubung projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah, 71, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan yang akan diselesaikan secara serentak, bermakna Rosmah hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun dan juga dikenakan denda RM970 juta dan jika gagal membayarnya akan dipenjara 30 tahun.

Rosmah didakwa atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan Rosmah penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Rosmah juga merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk melucutkan kelayakan Mohamed Zaini daripada mendengar dan memutuskan kesnya.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohamed Zaini berpendapat pembelaan Rosmah hanyalah penafian dan wang RM6.5 juta itu sememangnya untuknya dan beliau menerima wang itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta dan Seri Perdana.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Popular
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
19 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok