Projek kapal LCS diteruskan walaupun berdepan pelbagai kontroversi: Mat Hasan

January 5, 2023 · Isu semasa

Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan kerajaan tidak akan menghentikan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) walaupun berdepan pelbagai kontroversi sebelum ini.

Menteri Pertahanan itu berkata rundingan sudah dijalankan dengan kementerian yang terlibat dalam projek tersebut bagi memastikan pembinaan kapal yang gagal disiapkan mengikut tempoh ditetapkan itu tetap diteruskan lagi.

“Kementerian Pertahanan juga sudah berunding untuk membawa kertas projek itu untuk terus berjumpa dengan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk menerangkan perkara yang sebenarnya.

“Kita tidak berminat nak ‘swing’ sesiapa atau letakkan sesiapa di belakang, kita cuma mahu pastikan kapal ini siap pada Julai 2024,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau terdahulu memberi ucapan semas Majlis Amanat Tahun Baharu Menteri Pertahanan di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini..

Mohamad berkata, kementerian itu juga akan memastikan sekurang-kurangnya empat daripada enam kapal dapat disiapkan dalam tempoh berkenaan.

“Saya memandang serius projek LCS dan misi kita untuk siapkan kapal ini. Jika tidak dapat (siapkan) enam, dapat empat sudah cukup. Selepas fasa mobilisasi itu selesai, semua pihak terbabit mempunyai tempoh 14 bulan untuk memastikan kapal siap pembinaan,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sudah meminta supaya pasukan National Task Force (NTF) dikembalikan semula.

“Semalam saya sudah minta supaya NTF diberi pertimbangan untuk dihidupkan semula dan Kabinet mengambil maklum.

“Ketua Setiausaha Negara akan meneliti permohonan kita kerana NTF ini adalah ‘coordinator effort’, semua pihak terbabit dalam mengawal keselamatan dan pertahanan negara,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyatakan kerajaan membayar RM6.083 bilion untuk lima LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Laporan dikeluarkan pada 4 Ogos lalu itu turut menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.

Pada 2 Oktober tahun lalu, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dilaporkan berkata, pembinaan LCS akan disambung semula selepas semua rundingan dan setiap perjanjian dalam fasa mobilisasi dimuktamadkan pada penghujung Disember tahun lalu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
AUKU tetap tak dimansuhkan, janji manifesto PH tak ditunaikan
March 16, 2023
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
44 minit lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok