PN sedia berdepan PRN serentak di enam negeri: Tuan Ibrahim

December 8, 2022 · Isu semasa

Perikatan Nasional (PN) akan membincangkan saranan pelbagai pihak agar Pilihan Raya Negeri (PRN) dijalankan secara serentak di enam negeri terlibat, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke Majlis Tertinggi PN untuk dibincangkan secara lebih mendalam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mencadangkan agar PRN diadakan secara serentak nanti.

“Secara peribadi saya sendiri tidak ada masalah sekiranya proses pengundian diadakan serentak di enam buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

“Saya sendiri akan membawa perkara ini ke mesyuarat Majlis Tertinggi PN dan segala keputusan akan dimaklumkan kemudian,” katanya menurut laporan Bernama.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata pihaknya berharap pilihan raya bagi enam negeri yang belum mengadakannya dapat dilaksanakan secara serentak bagi memudahkan urusan SPR.

Namun, Abdul Ghani berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk membuat pembubaran bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri terlibat dan ia terpulang kepada kepimpinan negeri terbabit.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok