PN boleh sapu bersih tiga negeri jika PRN disegerakan, kata Shahidan

December 4, 2022 · Politik

Kerajaan negeri dikuasai Perikatan Nasional iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu boleh memikirkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan segera selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Padang Serai dan Tioman 7 Disember ini.

Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ketika ini adalah waktu terbaik kepada gabungan itu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) hasil gelombang rakyat yang menyokong mereka.

Katanya, perkembangan semasa itu juga ditambah dengan kemarahan rakyat terhadap pelantikan barisan menteri Kabinet baru-baru ini.

“Rakyat menunjukkan rasa marah kepada Kabinet dan marah kepada UMNO. Orang MIC, India pun banyak yang turut marah kerana tidak diberi pengiktirafan (tiada wakil MIC dalam Kabinet).

“Jadi saya percaya Kedah, Kelantan dan Terengganu ini masa terbaik diadakan PRN selepas selesai pilihan raya di Padang Serai dan Tioman,” katanya selepas program Flash Mob PN di Lunas, di Kulim.

Shahidan menaruh keyakinan sekiranya PRN dapat diadakan segera khususnya di Kedah, Perikatan Nasional mampu menyapu bersih kesemua 36 kerusi DUN sekali gus mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Pernah berlaku di zaman Rasullah selepas habis berlaku peperangan, Rasullah tidak benarkan askar-askar balik ke rumah sebaliknya terus berperang dengan orang-orang Yahudi.

“Jadi selepas pilihan raya ini saya ingat askar-askar kami pun tak balik lagi, khemah-khemah perpaduan ummah kami ada di sini terus dengan PRN saya rasa di Kedah macam di Perlis Perikatan Nasional akan sapu bersih,” katanya. – Warta Rakyat

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023
Azalina cemar nama baik institusi perundangan negara, kata PN Selangor
August 29, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok