Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 

December 3, 2022 · Politik

Kini sudah terbukti, parti mana yang sebenarnya mabuk hendak berkuasa dan siapa sebenarnya yang kemaruk nak jadi Perdana Menteri (PM) sehingga prinsip perjuangan sendiri dicampak ke laut dalam.

Sudah lah hendak jadi Perdana Menteri pun terpaksa minta masa tambahan, bila hendak bentuk Kabinet pula terpaksa tunduk kepada parti lain takut nanti sokongan ditarik pula.

Slogan reformasi dan mahu melawan rasuah yang diperjuangkan selama ini nampaknya sudah boleh dicampak jauh ke tong sampah, habis semua ditipu hanya kerana kepentingan seorang individu yang mahu menjadi Perdana Menteri.

Berdegar-degar melaungkan slogan reformasi tetapi selepas menjadi kerajaan yang diangkatnya pula kleptokrasi.

Hilang sudah moral politik apabila pemimpin yang terpalit dengan kes rasuah disanjung dan diangkat hanya semata-mata kerana status anak muridnya yang berjasa menjadikannya seorang Perdana Menteri.

Apakah kriteria pemilihan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim sehingga melayakkan anak muridnya, Zahid Hamidi diletak sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Adakah ini formula reformasi dicampur dengan kleptokrasi yang sedang digunakan untuk mentadbir negara?

Adakah Anwar sudah buta hatinya tidak melihat terlebih dahulu kad laporan Presiden UMNO tersebut sebelum melantiknya?

Nampak sahaja Anwar ini zuhud tetapi yang ditakuti sebenarnya adalah Zahid.

Pembentukan barisan Kabinet kerajaan campuran ini tidak mencerminkan keseriusan untuk membanteras isu rasuah yang selama ini dicanang dalam kempen-kempen pilihan raya, malah tidak mustahil ia akan mencambahkan lagi benih-benih rasuah dalam kerajaan PH-BN ini.

Bagaimana rakyat mahu mempercayai kerajaan yang dibentuk ini akan menjadi bersih apabila dalamnya terdapat pemimpin kotor yang dilantik memegang jawatan utama pula?

Apakah jaminan kerajaan yang dibentuk ini akan menjaga rakyat apabila rakyat sendiri tidak yakin dengan kerajaan sekarang ini akan dapat membela nasib mereka?

Jika ini yang disajikan kepada rakyat, tidak ada siapa lagi yang boleh diharapkan dapat menjaga mereka apabila ahli politik kini hanya mementingkan diri demi berkuasa semata-mata.

Sebagai ahli politik sepatutnya tunjuk lah contoh yang lebih baik kepada rakyat, bukan dengan melanggar moral dan etika hanya semata-mata mengejar jawatan untuk berkuasa.

Sekarang siapa menjadi penjilat perasuah hendak jadi Perdana Menteri?

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
31 minit lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
PAS kekal dalam PN, tiada keputusan terima syarat UMNO
October 8, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok