Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel

December 1, 2022 · Isu semasa

Polis mengesahkan sudah memulakan siasatan berhubung penularan satu video menunjukkan sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku dan bendera Malaysia dikibarkan bersama-sama bendera negara Israel.

Video tersebut tular dalam Facebook dan dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp memaparkan sekumpulan rakyat Malaysia berada dalam sebuah feri dengan terdapat bendera negara Yahudi tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata siasatan dijalankan ekoran daripada satu laporan polis yang diterima pada jam 11.20 malam, kelmarin.

Menurut beliau, pengadu memaklumkan dia melihat satu klip video berdurasi 47 saat berkaitan kejadian itu dalam satu kumpulan WhatsApp sebelum tampil membuat laporan polis.

“Hasil siasatan mendapati kejadian dalam klip video itu berlaku pada September lalu, ketika sekumpulan warga tempatan mengadakan lawatan ke Tasik Galilee yang terletak dalam kawasan jajahan Israel.

“Lawatan dibuat menerusi Ziarah Kembara yang dikendalikan sebuah agensi pelancongan tempatan dan ketika lawatan, lagu Negaraku dipasang dan dinyanyikan serta bendera Malaysia dikibarkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Ku Mashariman, satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Dalam pada itu, katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan sebarang bahan berkaitan kejadian itu menerusi mana-mana platform.

“Ini bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis serta menggugat ketenteraman awam.

“Klip video itu dipercayai diviralkan semula untuk dikaitkan dengan isu Israel yang sedang panas sekarang,” katanya.

Terdapat juga pihak yang menjelaskan bahawa semasa lawatan di Tasik Galilee dengan bot itu, kapten bot berkenaan memainkan lagu Negaraku dan menaikkan bendera Malaysia.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Bubar Parlimen: Ismail Sabri kena saman
October 12, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
20 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok