Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah

December 1, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berjaya mendapatkan semula barang mewah RM80 juta yang disita sebelum ini di sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd didakwa milik bekas Perdana Menteri bergelar banduan itu.

Ironinya Jabatan Peguam Negara (AGC) membuat keputusan tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi memulangkan barang kemas, jam tangan mewah dan beg tangan berjenama bernilai RM80 juta selepas berakhir Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan bersama.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berkata AGC tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin, pada 14 November 2022.

“Ya, AGC tidak merayu terhadap keputusan hakim kerana kami bersetuju dengan keputusan Yang Arif,” kata Idrus menerusi mesej WhatsApp hari ini.

Pada 14 November lalu, Hakim Muhammad Jamil memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kesemua barangan yang disita oleh polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018 adalah hasil daripada penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim itu turut menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menggantung pelaksanaan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan difailkan dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Najib dan Rosmah adalah pihak ketiga dalam permohonan itu. Mana-mana pihak ketiga yang mendakwa mempunyai kepentingan ke atas barangan yang dirampas boleh hadir di mahkamah untuk mengemukakan alasan mengapa barangan itu tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.

Pada 2019, pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings untuk melucut hak barangan tersebut dan wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 yang didakwa milik UMNO dan Najib.

Bagaimanapun kerajaan gagal melucut hak wang itu.

Barangan tersebut didakwa hasil aktiviti haram yang dikaitkan dengan skandal dana 1MDB, disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Barangan kemas dan beg tangan didakwa milik Rosmah manakala jam tangan milik Najib.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
15 jam lalu· Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok