Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi

November 29, 2022 · Politik

Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak gentar dan takut dengan ugutan pemimpin kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) yang mahu menyiasatnya atas dakwaan kononnya mengancam keharmonian negara.

Presiden PAS sedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya dipanggil Bukit Aman jika dipanggil untuk disiasat selepas beberapa pemimpin PH dan DAP yang mempertikaikan kenyataan tegas dan agak keras daripada pemimpin politik veteran tersebut.

“Nak report (polis) report-lah, saya sedia pergi Bukit Aman tak apa,” katanya dipetik laporan media malam tadi selepas berceramah di Tioman malam tadi.

Media semalam melaporkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengarahkan pihak polis untuk segera mengambil tindakan terhadap fitnah terhadap pemimpin mereka.

Untuk rekod, PH-BN membentuk kerajaan bersama selepas tiada satu parti yang memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan di peringkat pusat.

UMNO yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan membelakangi ketetapan parti itu apabila mengheret Ahli Parlimennya untuk menyokong cikgunya, Anwar dan PH-DAP bagi membentuk kerajaan pusat.

Sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berlangsung, tiada insiden tidak diingini berlaku dan proses pilihan raya juga berjalan secara aman.

Bagaimanapun, pihak polis baru-baru ini menahan seorang penceramah daripada PH, Hew Kuan Yaw, 52, atau lebih dikenali ‘Superman Hew’ susulan penularan video ceramah berhubung satu ucapan mengandungi unsur-unsur yang boleh menggugat ketenteraman awam di Raub Perdana pada 17 November lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, tangkapan itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Pahang dengan bantuan dari JSJ Bukit Aman di kawasan Puchong Jaya, Selangor.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
5 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok