Bukti akuan bersumpah boleh jadi asas untuk Agong lantik seorang PM, kata pakar

November 23, 2022 · Politik

Dalam pelantikan Perdana Menteri baharu, Agong mempunyai budi bicara yang mutlak berdasarkan Perkara 40(2) yang menyebut Baginda boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu pertama, melantik seorang Perdana Menteri (PM) dan kedua, tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.

Selain itu, Perkara 3(2)(b) menyebut Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai PM untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Dalam pada itu, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu akan diadakan esok di Istana Negara sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk merungkai kemelut pembentukan kerajaan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin, berkata perbincangan khas itu bertujuan membolehkan Al-Sultan Abdullah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan mengenai pelantikan PM ke-10.

Katanya, perbincangan dengan Raja-Raja Melayu itu diadakan selepas Agong menerima menghadap wakil pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pagi tadi.

Proses selanjutnya susulan daripada sesi menghadap hari ini, Baginda telah menitah perkenan untuk Istana Negara menganjurkan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara esok, Khamis, 24 September 2022.

Menurut Ketua Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi, langkah mengemukakan akuan bersumpah (SD) adalah perkara sangat penting untuk Agong bertindak mengikut Perkara 43 Perlembagaan Malaysia bagi membentuk sebuah kerajaan absah.

“SD dibuat berikutan tiada mana-mana parti yang dapat majoriti mudah 112 untuk membentuk sebuah kerajaan..

“Oleh itu, SD adalah akuan bersumpah Ahli Parlimen yang mewakili parti masing-masing menyatakan kepada Agong bahawa mereka selesa memilih mana-mana parti dalam gabungan untuk pembentukan sebuah kerajaan Malaysia.

“Ini bermakna SD juga penting berbanding sokongan ketua parti dalam menentukan pemilihan seorang PM,” katanya.

Tambah beliau, jika mana-mana gabungan tidak mendapat majoriti mudah maka di bawah Perkara 43(2)(a), Perlembagaan Persekutuan, yang mana Agong boleh melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, sebagai Perdana Menteri.

“Maka, kerana itulah Agong mohon semua Ahli Parlimen BN dan GPS menghadap baginda untuk memastikan keabsahan sesebuah kerajaan.

“Dalam masa yang sama, tindakan Agong bagi memastikan sistem demokrasi berjalan dengan sebaiknya tanpa mengira apa jua ideologi perjuangan,” jelasnya.

Dr. Hussain menjelaskan krisis pelantikan PM sekali gus melihat bagaimana kebijaksanaan Agong bertindak mengikut Perlembagaaan Malaysia.

Justeru ia sekali gus, meletakkan ketinggian kuasa Agong dalam pemerintahan Malaysia dan meletakkan harapan tinggi rakyat Malaysia kepada baginda khususnya dalam pelantikan jawatan PM.

Untuk rekod, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menghantar SD ke Istana Negara pada Isnin lalu selepas berakhir tempoh yang ditetapkan untuk menghantar bukti sokongan bagi melantik seorang PM daripada gabungan tersebut.

Bagaimanapun, isu pelantikan jawatan PM-10 masih tergantung susulan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) masih belum mengemukakan bukti SD masing-masing berhubung majoriti yang dimiliki mereka.

Dalam perkembangan lain, tular surat dihantar Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Istana Negara yang didakwa oleh Tan Sri Annuar Musa sebagai cubaan menipu Agong.

Surat tular yang didakwa cuba menipu Agong itu disahkan juga kesahihannya MIC dan MCA hari ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Amirudin mahu dikekalkan sebagai MB Selangor
May 18, 2023
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok