Zahid tipu Agong, kumpulan akar umbi UMNO buat laporan polis petang ini

November 23, 2022 · Politik

Sekumpulan akar umbi UMNO akan membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan dakwaan menipu Yang di-Pertuan Agong selepas tular surat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu didakwa menghantar surat kepada Agong pada 22 November dengan mengatakan semua 30 Ahli Parlimen parti itu bersetuju untuk menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM Ke-10.

Wakil kumpulan tersebut, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang juga mantan Timbalan Ketua Bahagian UMNO dalam satu mesej kepada media memberitahu satu laporan polis akan dibuat di IPD Putrajaya petang ini.

“Satu laporan polis berkaitan Surat Pengerusi BN yang didakwa cuba menipu DYMM YDPA (Agoni) akan dibuat di IPD Putrajaya pada jam 415 petang hari ini, 23 November 2022.

“Mohon jasa baik dan bantuan pihak media untuk membuat liputan,” kata kenyataan ringkas tersebut.

Terdahulu, bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan Zahid cuba menipu Agong dan berkongsi salinan surat tular tersebut.

Menurutnya kini tersebar surat daripada Presiden UMNO itu kepada Agong yang mendakwa mesyuarat BN pada 22 November memutuskan semua 30 MP mereka menyokong Anwar menjadi PM ke-10.

“Agong cuba ditipu sekali lagi? Sekarang tersebar surat ini di media sosial,” kata Annuar.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
3 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tak perlu sambung MoU dengan pembangkang yang semakin ketakutan: Zahida
March 17, 2022
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023
PRU-15 nak tunggu apa lagi, gesa Zahid kepada Ismail Sabri
March 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok