Pada 20 Nov 2022, Speaker Dewan Rakyat tulis surat kepada ketua-ketua parti jemput mereka untuk kemukakan cadangan kerajaan gabungan dan nama Perdana Menteri (PM) 10. Tarikh akhir ditetapkan pada pukul 2 petang 21 Nov 2022.
Yang Ketua-ketua Parti perlu hantar ke Istana Negara ialah surat yang menyatakan:
i – Persetujuan untuk membentuk gabungan dengan menamakan ahli-ahli Parlimen (MP) daripada parti tersebut.
ii – Nama calon PM
Surat Speaker Dewan Rakyat ini dikeluarkan pada jam 2 petang 20 Nov 2022.
Pada jam 6 petang hari yang sama, satu surat baru dikeluarkan oleh Speaker Dewan Rakyat meminta supaya semua MP yang berkenaan mesti menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyatakan sokongan kepada PM-10.
Perikatan Nasional (PN) telah menghantar surat daripada Ketua-ketua Parti terdiri daripada PAS, GPS, GRS dan KDM beserta 114 SD (termasuk SD daripada 10 MP Barısan National-BN dan 2 bebas) ke Istana Negara pada jam 1.20 ptg 21 Nov 2022.
Setiausaha Sulit Kanan Kepada Agong telah menghantar surat akuan penerimaan SD tersebut kepada Setiausaha Agung PN pada hari yang sama.
Pada masa itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempunyai sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat yang mencukupi untuk beliau dilantik sebagai PM di bawah Perkara 43 Persekutuan.
Namun, pada jam 1.30 petang hari yang sama Istana Negara mengumumkan pelanjutan tempoh untuk Ketua-ketua Parti mengemukakan SD sehingga jam 2 petang esoknya. Tambahan masa diberikan setelah Ahmad Zahid Hamidi mohon pelanjutan.
Sebelum itu, Anwar jumpa Zahid di tempat MP BN berkumpul di Hotel Seri Pacific.
Pada petang 21 Nov, Zahid telah memperolehi nama-nama MP BN yang sokong Muhyiddin sebagai sebagai PM. Mereka ini telah dipaksa supaya tarik balik sokongan kepada Muhyiddin.
Pada jam 10.30 pagi keesokannya (22 Nov 2022), PN menghantar satu lagi SD MP yang menyokong Muhyiddin sebagai PM ke Istana Negara menjadikan jumlah keseluruhan 115 SD.
Lebih kurang jam 3 petang 22 Nov, Muhyiddin dihubungi pegawai Istana dan dititah mengadap oleh Agong pada jam 4.15 petang.
Ketika sesi mengadap Muhyiddin dimaklumkan beliau tiada sokongan majoriti.
Dimaklumkan juga Anwar ada 86 SD yang sokong dia jadi PM dan ada surat Zahid yang menyatakan 30 MP BN sokong Anwar jadi PM menjadikan jumlah sokongan 116.
Muhyiddin tanya adakah 30 MP BN kemuka SD sepertimana yang diminta dalam surat Speaker Dewan Rakyat yang dikeluarkan pada jam 6 petang 20 Nov.
Jawapannya TIADA. Muhyiddin berhujah jika tiada SD, surat Zahid tak boleh dipakai.
Dalam keadaan tiada seorang pun yang ada majoriti (selepas 10 MP BN dipaksa oleh Zahid supaya tarik balik sokongan kepada Muhyiddin), Agong cadang supaya dibentuk kerajaan campuran antara PN dan PH.
Satu dokumen perjanjian antara Muhyiddin dan Anwar telah disediakan oleh Istana Negara.
Muhyiddin disaksikan oleh Abdul Hadi Awang menolak untuk menandatangani perjanjian tersebut kerana ia bertentangan dengan dasar parti dan pendirian majoriti orang Melayu yang tak mahu Pakatan Harapan-DAP berkuasa semula.
Pada masa itu, Anwar sedang menunggu di bilik sebelah untuk tandatangan perjanjian. Sekiranya Muhyiddin bersetuju, maka terbentuklah kerajaan PH + PN semalam (22 Nov 2022) dengan jawatan PM digilirkan antara Anwar dan Muhyiddin.
Muhyiddin tak sanggup gadai perjuangan semata-mata kerana nak jadi PM dan meninggalkan Istana Negara dengan Anwar terkulat-kulat di situ.
Zahid pula diserang MCA, MIC dan PBRS dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada malam 22 Nov 2022 kerana berbohong kepada Agong kononnya 30 MP BN sokong Anwar sebagai PM sedangkan keputusan Dewan Tertinggi BN pada 21 Nov 2022 ialah MP BN tidak menyokong sesiapa sebagai PM dan BN nak jadi pembangkang saja.
Ini bukan kali pertama Zahid bohong.