Peja usik Anwar lagi, kali ini tunjuk susur keluar ke Utara pula

November 6, 2022 · Politik

Calon Perikatan Nasional (PN) yang satu ini sentiasa mencuri tumpuan dengan idea kempennya yang unik melalui mesej-mesej pada papan iklan di Parlimen Tambun.

Sebelum ini Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggunakan mesej “Never Lost In Tambun” pada papan iklan sebagai bahan kempennya namun kini digantikan dengan mesej baharu.

Memetik laporan Malaysiakini, kata-kata tersebut boleh dikatakan merujuk kepada Ahmad Faizal tidak pernah kalah di Tambun atau tidak pernah ‘sesat’ di kawasan tersebut.

Kali ini Ahmad Faizal atau lebih dikenali dengan panggilan Peja itu tampil pula dengan mesej baharu yang dinaikkan menunjukkan susur keluar ke utara, dipercayai ditujukan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berasal dari Pulau Pinang.

Papan iklan dengan tulisan “Dari Tambun Susur Keluar ke Utara, 50m” itu dipercayai dinaikkan pasukan kempen Peja, lewat malam tadi.

Sebelum ini papan tanda kempen Anwar dinaikkan dengan mesej “Dari Tambun untuk Malaysia” di Jalan Chemur/Jalan Meru Impian, semalam.

Sehari selepas Anwar mengumumkan akan bertanding di situ, beliau mengalu-alukan kehadiran Presiden PKR itu dengan papan iklan yang menunjukkan sebutan yang tepat bagi air dalam loghat Perak yang dinaikkan di Komplek Lai Chee, di Tambun.

Papan iklan dengan wajah Ahmad Faizal itu turut diiringi mesej berbunyi, “ayor bukan ayaq”.

Malah Menteri Belia dan Sukan sementara ini juga tampil dalam video pendek yang dimuat naik di Facebook, Faizal secara sinis mengusik Anwar dengan berkata:

“Hai Assalamualaikum.

“Bagi mereka yang nak berhijrah daripada tempat lain, dari satu tempat ke satu tempat, dan nak datang ke Tambun, saya nak beritahu sikit.

“Di Tambun kita sebut ayor. Dengar betul-betul, ayor, bukan ayaq.

“OK terima kasih. Selamat datang,” katanya.

Untuk rekod, Anwar berasal dari Pulau Pinang dan sebelum ini bertanding di Permatang Pauh sebelum menukar kerusinya di Port Dickson.

Bagaimanapun pada PRU-15 kali ini, Anwar membuat keputusan untuk lari dari kerusi Port Dickson.

Ayor ialah loghat bagi perkataan air di beberapa tempat di Perak.

Pada PRU kali ini, selain Ahmad Faizal dan Anwar, turut bertanding adalah Aminuddin Md Hanafiah (BN) dan Abdul Rahim Tahir (Pejuang).

Tambun pernah menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi berjaya dirampas Faizal pada 2018. Bagaimapun kemenangan Bersatu ketika itu menggunakan tiket Pakatan Harapan (PH).

Pada 2013, BN menang kerusi itu dengan 42,093 undi(56.2 peratus), manakala PKR memperoleh 32,768 undi (43.8 peratus).

Pada 2018 terdapat tambahan 12,089 undi di Tambun. Sokongan BN merosot kepada 33,341 (38.3 peratus).

Sebagai perbandingan, Bersatu ketika bertanding atas tiket PH, memperoleh 38,661 undi (44.5 peratus).

Link video: https://www.facebook.com/pejaofperak/videos/2098837956984271/

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Allah pilih saya urus situasi paling sukar rakyat, negara: Muhyiddin
October 31, 2022
PKR Bandar Tun Razak lapor polis fitnah isteri Anwar dalam gambar tular
October 23, 2023
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok