Semua orang kuat Ismail Sabri jatuh berguling dalam pembersihan UMNO

November 1, 2022 · Politik

Langkah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid ‘mengetatkan’ sendiri prosedur pemilihan calon dalam kalangan pemimpin parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bertujuan ‘membersihkan’ mereka yang tidak sehaluan dengannya.

Pada masa sama, beliau melihat sesetengah pemimpin itu lebih rapat dengan ‘pesaingnya’ yang lebih popular Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber dalaman UMNO berkata Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga mahu membersihkan pemimpin UMNO yang dilihatnya ‘lebih mesra’ dengan parti-parti gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Untuk masa panjang, ia menjadi jaminan kepada Zahid untuk memastikan Ismail Sabri tidak memiliki sokongan kuat sekiranya mahu bertanding merebut jawatan presiden parti.

“Mat Hasan (Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan) juga berhasrat kepada jawatan presiden, TPM (Timbalan Perdana Menteri) dan PM, tapi belum menunjukkan taring. Sebagai permulaan beliau bertanding dulu di Parlimen,” kata sumber kepada Agenda Daily.

Sebab itu, katanya sejumlah menteri daripada UMNO dalam Kabinet Ismail Sabri dan yang pernah berkhidmat bersama kerajaan PN sebelum ini, tidak disenaraikan sebagai calon UMNO yang akan diumumkan.

Sumber itu merujuk kepada krisis apabila kumpulan Zahid mahu menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM suatu ketika dahulu, tetapi semua menteri daripada UMNO dalam Kabinet Presiden Bersatu itu, menolaknya.

Ketika itu, katanya kecaman dibuat oleh beberapa pemimpin kanan UMNO, termasuk menteri-menteri berkenaan, terhadap langkah diambil Zahid sehingga menimbulkan persepsi buruk terhadap beliau.

Justeru, adalah sepatutnya mereka tidak dicalonkan dalam PRU-15 kali ini, katanya.

Ditunjukkan satu senarai nama pemimpin UMNO yang dikatakan akan digugurkan dan sudah tular di media sosial, sumber berkenaan berkata “ada yang betul”.

Senarai itu membabitkan lima menteri, tiga timbalan menteri dan seorang veteran UMNO.

Mereka ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor (P095 Tanjung Karang), dan Tan Sri Annuar Musa (Menteri Komunikasi dan Multimedia – P026 Ketereh).

Senarai itu juga mengandungi nama Datuk Seri Shahidan Kassim (Menteri Wilayah Persekutuan – P003 Arau); Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – P155 Tenggara); dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara – P156 Kota Tinggi).

Tiga timbalan menteri pula ialah Datuk Zahidi Zainul Abidin (Komunikasi dan Multimedia – P001 Padang Besar); Datuk Mastura Mohd Yazid (Jabatan Perdana Menteri [Tugas-Tugas Khas] – P067 Kuala Kangsar); dan Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib (Perumahan dan Kerajaan Tempatan – P086 Maran).

Dua lagi yang berada dalam senarai itu ialah Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (penyandang kerusi P073 Pasir Salak); dan Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif (Pengerusi Risda – P127 Jempol).

Semua senarai itu bagaimanapun tidak dapat disahkan sehingga pengumuman sebenar dibuat, namun mereka dilihat sebagai penyokong lantang Ismail Sabri dan disifatkan mempunyai hubungan rapat dengan gabungan PN, yang membantu membentuk kerajaan sebelum ini.

Shahidan dalam kenyataan ringkas di Facebooknya malam tadi mengesahkan tidak dicalonkan dan serentak itu bekas Menteri Besar Perlis berkenaan menutup semua bilik gerakan BN di kawasan Parlimen Arau yang diwakilinya sejak 2013 lalu.

Sementara Annuar pula hari ini mengesahkan beliau tidak dijemput untuk hadir pada majlis pengumuman calon BN malam ini.

Mengenai satu lagi senarai pengganti kepada nama-nama yang digugurkan itu, sumber berkenaan yang namanya turut disenaraikan sebagai calon di salah satu kawasan Parlimen di Johor, berkata “ada yang benar… tapi semua kemungkinan boleh berlaku sehingga hari penamaan calon”.

Ditanya mengapa Tok Mat Hasan berdiam dalam soal pengguguran calon-calon berkenaan, sumber itu berkata timbalan presiden ada berbincang, tetapi keputusan terletak di tangan presiden parti.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
7 jam lalu· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok