Mungkin cemburu anak murid sindir Anwar tertarik kepada Dr Mahathir

October 23, 2022 · Politik

Selepas mengajak rakyat ‘menendang’ Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November depan, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus menyindir rakan baiknya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia susulan hasrat Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad mahu mengadakan kerjasama dengan Anwar sekali lagi bagi menghadapi PRU-15, sebagaimana dilakukan pada PRU 2018 lalu yang menyebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang.

Justeru, Zahid mengingatkan rakan baiknya yang juga Pengerusi PH itu bahawa Dr Mahathir telah melanggar janji untuk menaikkannya sebagai Perdana Menteri (PM) kelapan, selain mencetuskan huru-hara politik dengan meletak jawatan secara tiba-tiba.

Semalam, Zahid mengajak rakyat ‘menendang’ PH – gabungan parti yang diketuai cikgunya itu – dalam PRU-15 selain yakin rakyat tidak akan terpedaya lagi dengan pujukan dan propaganda PH bertujuan memanipulasi fikiran rakyat ini.

Pengerusi BN itu dalam kenyataan di Facebooknya malam tadi pula berkata susulan keadaan politik PH yang huru-hara, akhirnya UMNO dan Gabungan Parti Sarawak serta parti-parti lain bertindak sebagai penyelamat dan penstabil politik negara pada ketika itu.

Bagaimanapun, untuk rekod bukan UMNO yang menjadi penyelamat sebaliknya, Bersatu diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bekerjasama dengan PH membentuk kerajaan selepas PRU-14, menarik diri setelah melihat tindak-tanduk DAP, parti komponen PH, bertentangan dengan aspirasi negara.

Bersatu dibantu PAS kemudian telah membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN) menubuhkan kerajaan baharu setelah Dr Mahathir meletak jawatan, dengan mendapat kerjasama BN, sebelum 15 Ahli Parlimen UMNO diketuai Zahid sendiri menarik sokongan, menyebabkan kerajaan PN tumbang.

Mengulas lanjut, Zahid berkata Dr Mahathir tidak mahu mengakhiri kerjaya politik secara memalukan sekiranya Gerakan Tanah Air (GTA) kalah teruk pada PRU-15 kali ini.

“Adakah Anwar dan PKR terlalu lemah hingga boleh cuba diperdayakan sekali lagi oleh Dr Mahathir? Mahathir seolah-olah cuba mengekang Anwar sekali lagi di sebalik janji manis untuk bekerjasama.

“Sebaliknya, konon PKR meletakkan ‘giant killer’ mereka untuk bertanding di Bagan Datuk. Saya amat mengalu-alukan pertandingan politik secara sihat. Namun siapa pula super giant killer yang PKR ingin letakkan untuk melawan Mahathir di Langkawi?

“Takkan letak bekas ahli PKR melawan atuk di Langkawi? Sepatutnya PKR dan PH meletakkan calon terbaik mereka di Langkawi. Jangan sekadar berani acah-acah sahaja bertanding di Bagan Datuk tetapi kecut hendak letak calon terbaik mereka di Langkawi.

“Atau PKR dan PH masih sayangkan lagi Mahathir dan mahu Mahathir jadi calon perdana menteri sekali lagi dan sanggup menyerahkan kerusi kepada GTA,” kata Zahid.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
MB Selangor sahkan nama dalam syarikat didakwa dapat tender rundingan terus: Laporan
March 1, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok