Kes Roger Ng tertangguh, hakim tetap 10 Jan tarikh urus kes

October 19, 2022 · Isu semasa

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini meminta pihak pendakwaan mendapatkan arahan sewajarnya daripada Jabatan Peguam Negara berhubung kes bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa agar kes tersebut tidak tergantung terlalu lama, lapor Bernama.

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin berkata demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Zaki Asyraf Zubir memaklumkan Ng yang turut dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diserahkan sementara ke Amerika Syarikat (AS) sehingga 28 Februari 2024 bagi menyelesaikan semua proses rayuan kes jenayah yang dihadapinya di mahkamah negara itu.

“Kalau kes ini ditangguhkan selepas Februari 2024 ia terlalu lama, mungkin pihak pendakwaan boleh mendapatkan arahan sewajarnya daripada pihak (Jabatan) Peguam Negara (AGC) atau pendakwaan,” kata Muhammad Jamil.

Beliau menetapkan pengurusan kes pada 10 Januari 2023 bagi pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah arahan yang sewajarnya berkenaan kes itu supaya ia tidak tergantung terlalu lama tanpa sebarang tindakan.

Terdahulu, Zaki berkata perbicaraan kes jenayah yang dihadapi Ng di mahkamah di AS telah selesai dan proses hukuman yang sepatutnya dijalankan pada 9 Nov ditangguhkan kepada 9 Disember ini.

Peguam Ng, Datuk Tan Hock Chuan berkata kedua-dua kerajaan (Malaysia dan AS) telah mencapai persetujuan untuk anak guamnya diserahkan ke negara itu (AS) sehingga 28 Februari 2024.

“Saya cadangkan pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada Januari atau Februari 2023 kerana proses hukuman telah ditetapkan oleh Mahkamah Eastern District of New York pada 9 Disember,” katanya.

8 April lepas, Ng didapati bersalah oleh mahkamah di AS kerana melakukan konspirasi menyeleweng ratusan juta dolar daripada syarikat pelaburan 1MDB bagaimanapun hukuman terhadapnya masih belum diputuskan.

Pada 19 Disember 2018, Ng mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion dengan menggugurkan fakta material dan membuat kenyataan palsu.

Pada 4 September 2021, pertuduhan terhadap Goldman Sachs International Ltd dan dua entitinya di Asia iaitu Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapura) digugurkan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan pendakwaan untuk menarik balik pertuduhan berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok