Usah cetus spekulasi kes culik warga Palestin: Ketua Polis Negara

October 18, 2022 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung insiden penculikan seorang warga Palestin di ibu negara, baru-baru ini, kerana ia boleh mengganggu siasatan polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata 11 individu sudahpun didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jumaat lalu, atas pertuduhan menculik lelaki itu bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian untuk menggodam telefon bimbit.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan dan menunggu proses sebutan semula kes pada 15 Disember depan,” katanya dalam kenyataan malam ini (18 Oktober 2022).

Terdahulu, NST melaporkan ejen perisikan rejim Zionis Israel, Mossad, sekali lagi ‘menyerang’ bumi Malaysia, dalam perang mereka terhadap anggota kumpulan pejuang Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Tetapi, Mossad telah menyesuaikan taktik untuk tidak meninggalkan kesan penglibatan mereka. Mereka dipercayai merekrut warga tempatan untuk membantu rejim Zionis memburu anggota Hamas di Malaysia, lapor eksklusif NST hari ini.

Baru-baru ini, menurut akhbar itu, dalam perkembangan yang terlepas daripada sorotan media, ejen Mossad meminta rakyat Malaysia untuk mengesan dan menculik dua lelaki Palestin yang mereka percayai sebagai aset sayap bersenjata Hamas – Brigade al-Qassam.

Dalam satu operasi di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur, baru-baru ini, mereka memintas dua sasaran bernilai tinggi Palestin sejurus selepas jam 10 malam pada 28 September lalu, apabila kedua-duanya, pakar pengaturcaraan komputer, hendak memasuki kenderaan mereka yang diletakkan berhampiran Jalan Yap Kwan Seng, selepas menikmati makan malam di pusat beli-belah berhampiran.

14 Oktober lalu, 11 individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menculik seorang lelaki Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian untuk menggodam telefon bimbit bulan lalu.

Tertuduh ialah Edy Ko’im Said, 40, Mohamad Norakmal Hassan, 41, Dody Junaidi, 42, Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39, Mohamad Naziree Mustapha, 39, Faizull Hardey Mohd. Isa, 40.

Selain itu ialah Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25, Mohamad Sufian Saly, 23, Muhammad Al Hatim Mohd. fauzi, 21, Nidarahayu Zainal, 34, dan Raibafie Amdan, 39.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Mayang di ibu negara Jam 10.40 malam pada 28 September lalu (2022) yang didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Akta 365) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau dipenjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
PM, NEC sokong usaha Perkeso bantu 200,000 Orang Bekerja Sendiri
May 9, 2021
Cukai terhadap produk bergula mampu bantu atasi masalah diabetes
November 15, 2021
Harga barang naik, amalkan langkah bijak berbelanja
December 10, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok