PM, NEC sokong usaha Perkeso bantu 200,000 Orang Bekerja Sendiri

May 9, 2021 · Isu semasa

Majlis Pekerjaan Negara (NEC) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong usaha Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk membantu 200,000 pekerja aktif daripada kategori Orang Bekerja Sendiri (OBS) menjelang akhir tahun ini.

Dalam kenyataannya semalam, Perkeso memaklumkan bahawa NEC juga memperakui rancangannya untuk memperluas liputan perlindungan keselamatan sosial yang diberikan kepada pelbagai kumpulan OBS melalui inisiatif kolaborasi bersama beberapa pihak lain.

Kolaborasi itu termasuk dengan Kementerian Pengangkutan atau persatuan pekerja seperti Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia dan Persatuan Seniman Malaysia, kata Perkeso.

“Perkeso telah memaklumkan terdapat peningkatan positif dalam jumlah OBS termasuk pekerja gig yang mendapat perlindungan sosial daripada pertubuhan itu semasa mesyuarat ketiga NEC yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam,” kata kenyataan itu.

Setakat ini, jumlah OBS aktif melebihi 142,000 individu, meningkat daripada 2,338 individu pada 2017; lebih 71,000 pada 2019 dan lebih 80,000 pada 2020.

“Lonjakan ini adalah hasil pengiktirafan kerajaan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh mereka yang bekerja sendiri termasuk pekerja gig terutamanya dalam mendepani pandemik Covid-19 yang melanda,” kata kenyataan itu.

Pengiktirafan itu membolehkan Perkeso dengan sokongan Kementerian Kewangan menerusi pelbagai pakej rangsangan yang diperkenalkan merangka tiga program padanan caruman bagi perlindungan sosial ke atas golongan bekerja sendiri termasuk PenjanaGig, Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) Lindung dan SPS Prihatin Wanita.

Selain itu, Perkeso juga bersama-sama Kementerian Sumber Manusia merancang untuk meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan yang akan memberikan perlindungan kepada kumpulan OBS apabila berlaku kehilangan pekerjaan atau pendapatan akibat daripada kejutan ekonomi, bencana alam dan lain-lain.

“OBS yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan akan diberi akses kepada perkhidmatan pekerjaan menerusi portal MYFutureJobs dan program pasaran buruh aktif di bawah Perkeso yang akan membantu dalam mengurangkan tempoh masa pengangguran dan juga peningkatan kerjaya mereka,” kata kenyataan itu.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kemuka dokumen palsu Penjana 2.0, pemilik syarikat didakwa
November 1, 2023· Isu semasa
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok