Bubar DUN, MB Perak tak keluar kenyataan lepas menghadap?

October 14, 2022 · Isu semasa

Perak masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) itu selepas Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad selesai menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah buat kali kedua, tengah hari tadi.

Memetik laporan Berita Harian, masih tiada maklum balas berhubung keputusan itu daripada Saarani yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Laporan sama menyebut, Pejabat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Negeri Perak tidak akan mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan pembubaran Dun negeri itu hari ini.

“Tiada,” kata sumber terdekat istana ketika dihubungi petang ini apabila ditanya sama ada pihak pejabat Istana Sultan Perak akan mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan pembubaran Dun Perak hari ini.

Pagi tadi, Saarani mengesahkan dirinya sekali lagi dipanggil menghadap Sultan Nazrin selepas beliau dipanggil menghadap baginda pada Rabu lalu berkaitan pembubaran Dun Perak.

Saarani Perak tiba di Istana Kinta dengan menaiki kenderaan rasmi pada jam 11.50 pagi bersama Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Azmir Shah Zainal Abidin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Saarani dilihat meninggalkan pekarangan Istana Kinta kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Berita berkaitan
DUN Negeri Sembilan bubar Sabtu ini
June 28, 2023· Politik
DUN Terengganu bubar esok
June 27, 2023· Politik
DUN Pulau Pinang bubar esok
June 27, 2023· Politik
DUN Kedah bubar 28 Jun ini
June 25, 2023· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Akaun FB rasmi Mat Sabu digodam : Pejabat menteri
June 13, 2023
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
20 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok