DUN Kedah bubar 28 Jun ini

June 25, 2023 · Politik

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri selepas mendapat perkenan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, hari ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan perkara itu setelah menghadap Sultan Sallehuddin di Wisma Darul Aman di Alor Setar.

Memetik laporan Sinar Harian, Muhammad Sanusi tiba di Wisma Darul Aman kira-kira jam 10.22 pagi disusuli keberangkatan tiba Sultan Sallehuddin kira-kira jam 10.26 pagi dan pertemuan itu berlangsung selama lebih satu jam.

Enam negeri akan melaksanakan PRN pada tahun ini termasuk Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Untuk rekod, PAS memiliki kerusi DUN tertinggi dengan 14 kerusi, diikuti Bersatu dengan enam kerusi, PKR lima kerusi, Amanah tiga kerusi manakala UMNO, Pejuang, serta DAP masing-masing dengan dua kerusi di Kedah.

Dua kerusi kosong iaitu Gurun berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul melepaskan jawatannya, manakala Belantek akibat kematian Datuk Mohd Isa Shafie akibat masalah kesihatan pada 14 Jun lalu.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
December 11, 2023· Rencana
Popular
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok