Nak bubar Jumaat ini, Azmin bidas UMNO tak ada hati perut

October 5, 2022 · Politik

Spekulasi pembubaran Parlimen pada Jumaat ini semakin hangat apabila Datuk Seri Azmin Ali juga secara terbuka mendedahkan rancangan UMNO yang masih berdegil mahu mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) semasa musim tengkujuh dan bakal membubarkan pagi Jumaat nanti.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu mempertikai langkah UMNO yang tergesa-gesa mahu mengadakan PRU-15 dengan menyifatkannya tidak berhati perut kerana tidak memikirkan nasib rakyat yang berdepan kesusahan memandangkan musim banjir semakin dekat.

“Kata nak bubar Jumaat pagi ini, kenapa tergesa-gesa sangat ni… Kita (PN) sudah buat kenyataan terbuka supaya rakyat Malaysia tahu kita bantah sebarang cadangan pembubaran pilihan raya pada tahun ini.

“Sebab rakyat sedang susah… tak ada hati perut,” katanya semasa program PN Selangor malam ini.

Azmin mendakwa kumpulan terdesak dalam UMNO sebagai punca PRU-15 bakal diadakan pada masa terdekat sehingga tidak mengendahkan nasib rakyat.

“Tetapi sekarang rakyat sudah tahu yang terlalu terdesak untuk mengadakan pilihan raya ini adalah sekumpulan manusia yang sedang dibayangi masalah mereka sendiri,” katanya lagi.

Menurut Azmin lagi, hasil perancangan kerajaan PN sebelum ini semasa sedang berdepan cabaran pandemik, Covid-19 sudah membuahkan hasil malah pertumbuhan ekonomi negara sudah menunjukkan kesan positif.

“Hari ini saudara Bank Negara baru saja membuat pengumuman pertumbuhan ekonomi tahun kedua tahun ini sudah mencatatkan 8.9 peratus. Tahniah Perikatan Nasional, orang lain jangan ambil kredit,” katanya.

Terdahulu, spekulasi kuat mengatakan Parlimen bakal dibubarkan pada Jumaat bagi memberi laluan PRU-15 diadakan tahun ini juga.

Semalam satu perjumpaan tertutup UMNO diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Ia melibatkan 764 pemimpin sayap 191 bahagian yang terdiri daripada Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri UMNO.

Perjumpaan tersebut disifatkan yang terakhir sebelum pembubaran Parlimen pada Jumaat ini selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok