40 positif Covid-19 enggan kuarantin, alasan sudah hampir raya

May 7, 2021 · Isu semasa

Ketika 297 jangkitan baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh Kelantan, masih ada individu bergejala yang enggan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dengan alasan sudah hampir hari raya.

Sehubungan itu, PKRC memberi amaran akan melaporkan perkara itu kepada polis dan mengambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 sekiranya pesakit masih enggan datang ke PKRC atau hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Azman Yusof berkata, semua individu bergejala itu enggan menjalani kuarantin di tujuh PKRC yang ditetapkan dengan alasan untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

“Kumpulan itu memberi alasan mereka tidak boleh beraya jika sudah melapor diri di mana-mana PKRC kerana 1 Syawal tinggal kurang seminggu lagi,” katanya hari ini.

Beliau berkata, petugas kesihatan sedang memujuk dan merayu individu terbabit menjalani kuarantin sekali gus mengelakkan penularan Covid-19 sekiranya mereka dijangkiti virus tersebut.

“Individu yang bergejala perlu ditempatkan di PKRC. Kita bimbang apabila salah seorang ahli keluarga bergejala, kemungkinan besar jangkitan Covid-19 akan berlaku. Kita faham mereka mahu menyambut Aidilfitri di rumah namun ini demi kebaikan semua,” katanya

Sementara itu, Dr Mohd Azman berkata, PKRC Khas Gelanggang Seni di Kota Bharu yang bakal dibuka tiga hari lagi dilengkapi dengan ciri-ciri khas seperti katil klinikal, cardiac monitor dan bekalan oksigen mudah alih sekali gus merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini.

Katanya, PKRC yang kelapan di negeri itu, boleh menempatkan 130 pesakit kategori satu dan dua yang berisiko atau pesakit mendapat komplikasi awal Covid-19.

“PKRC ini mempunyai 50 katil dua tingkat untuk pesakit wanita serta 30 katil klinikal (campur lelaki dan wanita) dan akan menjadi sebagai ‘bridging’ antara pesakit dengan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
12 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok