UMNO yang tolak dan anggap sebagai musuh dahulu, kata ahli MPT Bersatu

September 29, 2022 · Politik

Pengisytiharan UMNO menolak Bersatu sebelum ini antara punca parti itu dianggap sebagai musuh utama, kata Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu mengisytiharkan untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu sehingga dianggap musuh seteru semasa Perhimpunan Agung parti itu sebelum ini.

“Kenyataan Presiden Bersatu, bahawa Barisan Nasional (BN) adalah musuh utama adalah susulan daripada ketetapan yang dibuat UMNO sendiri dalam Perhimpunan Agung parti itu yang muktamad menolak kerjasama dengan Bersatu.

“Pada 28 Mac lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan tegas menyatakan tiada kerjasama dengan Bersatu dan Ketetapan itu bukan hanya dibuat Majlis Tertinggi (MT), tetapi lahir daripada suara di peringkat akar umbi.

“Jadi tidak ada salahnya kenyataan yang dibuat oleh Presiden Bersatu kerana kita bercakap dari sudut politik bukan bercakap atas dasar kontrak sosial. Kalau kontrak sosial hubungan sesama manusia kita tidak pernah menyebut sesiapa sebagai musuh,” katanya dipetik laporan portal rasmi Bersatu.

Malah, pendirian meletak BN sebagai musuh utama dibuat dalam konteks politik tetapi sokongan kepada kerajaan sedia ada masih kekal, ujarnya lagi.

“Kita tidak mengambil langkah untuk meruntuhkan kerajaan dan masih menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Walaupun ada beberapa keputusan kerajaan yang tidak dipersetujui tetapi kepentingan rakyat di negara ini kita utamakan,” ujarnya lagi.

Perkara itu berbeza dengan tindakan Zahid bersama-sama dengan pemimpin UMNO lain sebelum ini sehingga sanggup menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan sikap itu jelas menunjukkan siapa sebenarnya musuh yang patut dilawan.

Terdahulu, Muhyiddin secara terbuka mengisytiharkan UMNO-BN sebagai musuh utama yang perlu ditentang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tak perlu sambung MoU dengan pembangkang yang semakin ketakutan: Zahida
March 17, 2022
PRU-15 nak tunggu apa lagi, gesa Zahid kepada Ismail Sabri
March 18, 2022
PKR Bandar Tun Razak lapor polis fitnah isteri Anwar dalam gambar tular
October 23, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok