1,552 kes semalam, 6 kematian

September 28, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara semalam, (Selasa, 27 September 2022) meningkat sedikit kepada 1,552 kes berbanding 1,186 yang dicatat pada Isnin.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu melanda Malaysia pada Januari 2020 meningkat kepada 4,834,560 kes, dengan 4,774,314 pesakit telah sembuh, termasuk 1,684 pesakit yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,024 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 326 kes (penerima dua dos); 196 kes (individu tidak divaksinasi); dan enam kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini pagi tadi menunjukkan sehingga kini sebanyak 23,883 kes masih aktif, turun berbanding 24,021 yang dicatat pada Isnin.

Jumlah itu termasuk, 22,741 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah, turun berbanding 22,874 pesakit pada Isnin, manakala tiada pesakit dirawat di PKRC.

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital pula naik semula kepada 1,096, berbanding 1,094 pesakit pada Isnin, manakala seramai 46 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (52 pada Isnin), dengan 26 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (35 pada Isnin).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 323 (1,474,851);
  • Kuala Lumpur – 387 (436,507);
  • Sabah – 164 (394,419);
  • Johor – 55 (393,686);
  • Sarawak – 94 (315,357);
  • Kedah – 64 (309,635);
  • Pulau Pinang – 76 (297,099);
  • Kelantan – 65 (253,600);
  • Perak – 119 (227,272);
  • Negeri Sembilan – 68 (221,856);
  • Pahang – 34 (177,442);
  • Melaka – 54 (135,158);
  • Terengganu – 22 (129,589);
  • Putrajaya – 16 (27,349);
  • Labuan – 8 (22,262); dan
  • Perlis – 3 (18,448).

Sementara itu, enam pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).

Semua kes kematian itu direkodkan di Johor; Kedah; Perak; Sarawak; Selangor (BID); dan Terengganu.

Jumlah baharu itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,363 kes, termasuk 7,732 kes BID.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
5 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
5 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok