Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib

September 26, 2022 · Isu semasa

Akaun bank peribadi AmIslamic Datuk Seri Najib Razak telah menerima lebih RM90 juta melalui hanya dua transaksi pada 2012, kata seorang pegawai bank itu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini (26 September 2022).

Memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-37 dalam perbicaraan Najib berhubung penyelewengan RM2.28 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pengurus cawangan bank AmIslamic Jalan Raja Chulan R. Uma Devi mengesahkan kedua-dua transaksi ini berdasarkan dokumen bank.

Berdasarkan penyata bank bertarikh 14 November 2012 untuk nombor akaun AmIslamic Najib berakhir 969-4, Uma Devi mengesahkan bahawa sejumlah RM15,149,963.64 direkodkan sebagai dipindahkan pada 31 Oktober 2012.

Berdasarkan penyata bank bertarikh 14 Disember 2012 untuk akaun yang sama, Uma Devi mengesahkan sejumlah RM75,749,963.64 masuk ke akaun itu pada 20 November 2012.

Apabila kedua-dua urus niaga melebihi RM15 juta dan lebih RM75 juta ini dikira, jumlahnya akan mencecah RM90,899,927.28 atau lebih RM90 juta, memetik laporan MalayMail, hari ini.

Pihak pendakwaan sebelum ini berkata bahawa wang daripada 1MDB telah diselewengkan dalam empat fasa berasingan dan ini menyebabkan lebih RM2.28 bilion dimasukkan ke akaun Najib.

Empat fasa itu didakwa berkaitan dengan empat pertuduhan salah guna kuasa yang dihadapi Najib di bawah undang-undang antirasuah dalam perbicaraan 1MDB ini.

Pada hari pertama perbicaraan, pihak pendakwaan berkata ia akan menunjukkan bahawa dana 1MDB telah dipindahkan dalam pelbagai transaksi ke akaun Najib, iaitu AS$20 juta bersamaan RM60,629,839.43 atau lebih RM60 juta daripada fasa pertama.

AS$30 juta bersamaan dengan RM90,899,927.28 atau lebih RM90 juta (fasa kedua), AS$681 juta bersamaan RM2,081,476,926 atau lebih RM2 bilion (fasa ketiga), dan urus niaga dalam pound British yang bersamaan dengan RM4,093,500 dan RM45,837,485.70 daripada jumlah keseluruhan RM49,930,985.70 juta atau lebih RM49 juta (fasa keempat).

Jumlah dana 1MDB yang dikatakan pihak pendakwaan akan dibuktikan telah memasuki akaun Najib daripada keempat-empat fasa akan berjumlah RM2,282,937,678.41 atau lebih RM2.28 bilion.

Selain empat pertuduhan rasuah berhubung dakwaan salah guna kuasa, Najib juga menghadapi 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan Najib di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah disambung petang ini.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
13 jam lalu· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok