Ringgit kekal menyusut pada sesi awal urus niaga

September 21, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit susut ke paras terendah sepanjang masa berbanding dolar AS pada sesi pembukaan dagangan pagi Rabu, mencecah paras 4.5600 berikutan harga minyak yang lebih rendah selain pengukuhan dolar AS, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5640/5680 berbanding dolar AS daripada 4.5585/5595 pada penutup semalam, menurut laporan Bernama.

Ketika ini, penanda aras harga minyak mentah Brent jatuh 0.29 peratus kepada US$90.36 setong.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata nilai dolar AS kekal menggalakkan dengan jangkaan keputusan kenaikan kadar faedah oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) di Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini.

Beliau menambah jangkaan pasaran ialah kadar faedah akan dinaikkan sebanyak 75 mata asas kepada 3.25 peratus setahun.

“Sekiranya ramalan ini terbukti betul, kemungkinan dolar akan turun sedikit berbanding ringgit pada mulanya, memandangkan pasaran telah pun mengambil kira senario ini.

“Sebaliknya, jika Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah lebih daripada jangkaan kepada 3.5 peratus setahun, dolar boleh meneruskan pergerakan menaiknya berbanding ringgit ke arah paras 4.6000,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1758/1788 daripada 3.1725/1734 pada penutup semalam dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2357/2388 daripada 3.2341/2353 sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.1893/1938 daripada 5.2049/2060 pada Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.5462/5502 daripada 4.5608/5618 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
AUKU masih relevan dan sangat penting, kata Menteri UMNO
March 9, 2023
39 pelajar SMK Agama Tun Said, keluarga guru positif Covid-19
February 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
13 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
13 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok