Tak pernah lihat badan kehakiman bebas seperti sekarang: Musa Hitam

September 15, 2022 · Isu semasa

Badan kehakiman sekarang lebih bebas berbanding sebelum ini yang dilihat tiada langsung campur tangan politik daripada mana-mana pihak berkepentingan, kata Tun Musa Hitam.

Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri itu hadir selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun ketika ini dan menjadi bekas Perdana Menteri pertama dalam sejarah negara meringkuk dalam penjara.

“Saya tidak pernah menyaksikan badan kehakiman yang bebas seperti sekarang, sangat tegas dan sudah tentu yang berkaitan dengan kepentingan politik, ia melibatkan banyak pihak akan marah dan gembira tetapi perkara yang kita perlu berpegang pada prinsip tidak campur tangan yang pernah anda lihat padanya,” katanya dipetik laporan Astro Awani.

Musa menyifatkan institusi kehakiman negara hari ini sangat tegas sehingga mencetuskan kemarahan banyak pihak khususnya terhadap golongan yang mempunyai kepentingan politik.

Bagaimanapun, pastinya ada juga golongan yang gembira kerana sistem perundangan negara memperlihatkan tiada campur tangan daripada kerajaan.

Tambah Musa, kebebasan badan kehakiman perlu dipertahankan bagi memastikan prinsip keadilan terus ditegakkan di negara ini.

Beliau menggesa semua pihak tidak membuat penilaian terhadap institusi badan kehakiman dengan emosi semata-mata, malah mengakui sekarang dapat melihat badan kehakiman benar-benar bebas.

“Jika anda terlibat secara emosi, anda mungkin tidak gembira. Sangat jelas dalam badan kehakiman kita adalah bebas, malah peguam adalah sebahagian daripada isu kebebasan institusi ini.

“Tetapi bagi saya setakat ini dalam hidup saya ini tidak pernah sebebas yang saya saksikan dalam hidup saya,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
12 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok