Jika penularan Covid-19 meningkat, Kuantan pula bakal laksana PKP

May 4, 2021 · Isu semasa

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin terpaksa dilakukan di Kuantan sekiranya peningkatan kes positif Covid-19 di daerah tersebut tidak dapat dikawal dengan baik, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy berkata cadangan tersebut akan dipertimbangkan jika trend peningkatan di daerah itu tidak menunjukkan sebarang penurunan dan setakat tengah hari ini, jumlah kumulatif kes positif ialah 1,470 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 143 kes daripada sembilan kluster.

“Saya berharap penduduk Pahang terutamanya di Kuantan dapat bersama-sama mengawal penularan jangkitan pandemik ini dengan mengehadkan aktiviti atau majlis rasmi melibatkan orang ramai serta mengehadkan pergerakan rentas keluar masuk daerah.

“Orang ramai diingatkan sentiasa menjaga penjarakan fizikal di premis makanan manakala bilangan pengunjung bazar Ramadan dan Aidilfitri akan dikurangkan daripada kapasiti sedia ada bagi memastikan aspek penjarakan ini dijaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumlah sampel yang masih menunggu keputusan ialah 647 sampel selain 1,942 orang lagi dikenakan perintah kuarantin di rumah.

Wan Rosdy yang mendengar taklimat situasi semasa pandemik COVID-19 di Pahang oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri hari ini, juga mengingatkan pengurusan masjid untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Ini ekoran penularan pandemik itu dalam komuniti yang dipercayai berpunca daripada aktiviti berbuka puasa dan moreh tanpa pematuhan SOP yang membawa kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Tanah Putih Baru di sini, bermula tengah malam ini (5 Mei) hingga 18 Mei.

Gesaan supaya penduduk Pahang terus berwaspada dan mengambil langkah kawalan juga dibuat memandangkan empat daerah di negeri ini kini dikategorikan zon merah iaitu Kuantan, Temerloh, Bentong dan Raub.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
10 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
10 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok