Mat Kilau kutip lebih RM96 juta, ditayang di Netflix 16 September

September 6, 2022 · Isu semasa

Filem dengan kutipan tertinggi Malaysia, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, akan menemui peminat menerusi platform perkhidmatan penstriman, Netflix, mulai Hari Malaysia ini.

Filem ini akan tersedia di platform penstriman mulai 16 September di seluruh dunia kecuali Indonesia, di mana ia akan dilancarkan pada 14 Oktober.

Mat Kilau memecahkan rekod box office Malaysia apabila menjadi filem terpantas mengumpul RM47 juta dalam tempoh 11 hari.

Sehingga kini, filem itu telah mengumpul lebih RM96 juta selepas ditayangkan dalam tempoh 40 hari di Malaysia, Singapura, dan Brunei, menjadikannya filem Malaysia dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, lapor media tempatan.

Berdasarkan tokoh sejarah penghujung abad ke-19, Mat Kilau mengisahkan bagaimana pahlawan lagenda itu menjadi tokoh pemberontakan menentang penjajah British untuk melindungi tanah air.

Bersama bapa dan rakannya, Mat Kilau memimpin rakyatnya ke dalam peperangan gerila selama beberapa tahun, sekali gus menjadikannya simbol kebebasan dan kemerdekaan.

Diarahkan oleh Syamsul Yusof, filem sejarah itu dibintangi Adi Putra sebagai Mat Kilau, di samping Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As’ari, Rahim Razali, dan Jalaludin Hassan.

Netflix kini mempunyai hampir 150 filem, siri dan rancangan animasi Malaysia di platform mereka yang termasuk penambahan akan datang – Mat Kilau.

Berita berkaitan
Khairuddin mual, loya tonton filem Anwar
May 19, 2023· Isu semasa
Finas dan SKMM akan ambil tindakan terhadap produksi Mentega Terbang: Fahmi
March 5, 2023· Isu semasa
UMNO bersekongkol dengan DAP ibarat Mat Kilau melutut pada Syers
February 23, 2023· Politik
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
October 5, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
7 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
7 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok