Khairuddin mual, loya tonton filem Anwar

May 19, 2023 · Isu semasa

Filem biopik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai filem haprak yang berunsur propaganda untuk memfitnah dan mencemarkan reputasi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas ketua Parti Pejuang Tanah Air Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkongsi pandangannya itu usai menonton filem Anwar: The Untold Story semalam.

“Saya baru menonton filem ‘Anwar The Untold Story’ yang amat memualkan serta meloyakan.

‘Filem ‘haprak’ yang berunsur propaganda untuk memfitnah dan mencemarkan reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad sekali gus mengangkat diri sendiri seperti ‘Godfather’,” kongsinya di Twitter.

Anwar: The Untold Story arahan pengarah dari Indonesia Viva Westi itu mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula semalam.

Filem dibintangi Farid Kamil yang membawa watak Anwar dan aktres Indonesia, Acha Septriasa sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu berlatarkan tempoh antara 1993 dan 1998 menceritakan perjalanan hidup Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan serta perjuangannya dalam menentang amalan rasuah.

Dalam perkongsian sama, Khairuddin menyentuh soal kejanggalan dengan bahasa percakapan pelakon yang dilihatnya ‘berusaha keras’ untuk bercakap dalam bahasa Malaysia.

“Pembikinan filem tanpa proses kaji selidik berteraskan fakta yang tepat serta banyak unsur-unsur ‘misleadings.’ Tiadakah pengarah dari Malaysia untuk mengarah filem ini? Siapa yang menulis skrip filem ini?

“Dalam masa yang sama saya merasai seolah-olah menonton filem Indonesia kerana pelakon-pelakonnya ‘berusaha keras’ untuk bercakap bahasa melayu tetapi bunyinya sumbang. 99% pelakon dari Indonesia. Hampir 95% lokasi penggambaran juga di Indonesia.

“Ketika saya menonton babak ‘Reformasi’ saya fikir itu adegan tunjuk perasaan pekerja asing di Malaysia,” katanya.

Beliau juga secara sinis memberitahu filem itu memang banyak yang tidak didedahkan.

“Namun,saya hendak beri pujian pada tajuk filem ini ‘Anwar The Untold Story’ kerana memang banyak yang sesungguhnya ‘TAK UNTOLD!’,” katanya lagi.

Berita berkaitan
China sokong konsep Asian Monetary Fund dibawa Malaysia: PMX
September 17, 2023· Isu semasa
Kerajaan Anwar dikecam selepas Zahid bebas, Ambiga kata pembaziran kerja pendakwa raya
September 4, 2023· Politik
PMX dibenar keluar HKL selepas jalani pembedahan kecil gigi
August 21, 2023· Isu semasa
PN menang besar tanda rakyat tolak BN-PH : Muhyiddin
August 13, 2023· Politik
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
1 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
1 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
3 jam lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
15 minit lalu
[VIDEO] Sanusi tolak jadi calon naib presiden PAS, selesa jadi AJK
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok