Finas dan SKMM akan ambil tindakan terhadap produksi Mentega Terbang: Fahmi

March 5, 2023 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyerahkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap produksi filem ‘Mentega Terbang’.

Filem kontroversi itu menerima kriitkan banyak pihak dan pertubuhan bukan kerajaan kerana didakwa menyinggung sensitiviti umat umat Islam.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata Finas kini sedang meneliti dan menyiasat aspek perlanggaran peraturan yang dilakukan produksi tersebut, menurut laporan Bernama.

“Ini melibatkan sama ada terdapat lesen untuk penggambaran dan pengeluaran (filem tersebut), dan saya serahkan pada Finas untuk membuat siasatan.

“Sekiranya ada tindakan yang perlu diambil, maka saya percaya pihak berkuasa akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengagihan PerantiSiswa dan Perasmian MyDIGITAL.KKD di Universiti Teknologi Mara hari ini.

Sebelum ini, tular sedutan babak dalam filem tersebut yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging babi daripada rakan bukan Islam untuk dimakan, selain bapanya membenarkan Aisyah keluar daripada Islam dan memeluk agama lain.

Sedutan babak itu tular di media sosial dan mengundang kemarahan netizen yang mempersoalkan bagaimana filem sebegitu dibenarkan untuk tontonan umum.

Dalam pada itu, Fahmi turut mempersoal tampuk pemerintahan terdahulu mengenai pelepasan filem berkenaan yang mula berlegar di media sosial sejak 2021.

“Filem ini mula berlegar dan ditayangkan pada 2021. Siapa yang mentadbir ketika itu? Kenapa tiada apa-apa tindakan pada waktu itu? Mana pasukan mereka yang buat laporan sekarang ini? Waktu itu mereka di mana? Kenapa tak teliti (filem itu),” soalnya.

Beliau turut mengingatkan semua penerbit dan produksi filem supaya mengikut garis panduan pembuatan filem yang telah ditetapkan Finas dan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghantar laporan kepada SKMM berikutan filem itu jelas bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam tempatan.

Berita berkaitan
Fahmi akan jumpa kumpulan buat kajian 100 hari, bidas laporan tak adil
February 28, 2023· Isu semasa
NGO kritik kerajaan campuran susulan tindakan keterlaluan terhadap dua pelajar SPM
February 26, 2023· Isu semasa
Agihan kerusi PH-BN dimuktamadkan pada hujung Mac
February 26, 2023· Isu semasa
SKMM buka kertas siasatan terhadap saluran TV buat laporan palsu
February 21, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok