Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza

October 5, 2022 · Isu semasa

Filem epik ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ yang mendapat sambutan hangat dalam negara, kini ditayangkan di Gaza, Palestin sempena Pameran ‘A Story Behind A Photo’ yang dianjurkan oleh Cinta Gaza Malaysia (CGM).

Tayangan Perdana filem tersebut diadakan menerusi penstriman Netflix di Inkubator Perniagaan Malaysia, Gaza yang dihadiri ratusan penduduk tempatan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CGM Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau berkata, filem itu ditayangkan kerana sejarah Palestin dan Malaysia adalah tidak jauh beza yang mana kedua-duanya pernah dijajah pihak British.

“Sejarah Palestin dan Malaysia tak jauh berbeza. Dijajah British, ditipu dengan alasan membawa kemajuan, dilawan dan dikhianati pembelot.

“Bezanya Malaysia telah merdeka, dan Palestin masih memerlukan kita untuk mengecapi apa yang ada di tangan kita,” katanya ringkas.

Turut ditayangkan dalam sesi tersebut ialah filem Paskal.

Sebelum ini, filem Mat Kilau yang ditayangkan di tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura berjaya mencatat kutipan pawagam sebanyak lebih RM100 juta.

Filem yang mengetengahkan perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau itu membariskan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan Asari dan Datuk Rahim Razali.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Bila Anwar nak tarik balik kenyataan berhubung isu Israel pada 2012?
October 28, 2022· Politik
Tak salahkan PKR kalau ada ahli jadi ejen Mossad, kata Hamzah
October 22, 2022· Isu semasa
4 beradik antara korban terkena peluru berpandu Israel
August 9, 2022· Dunia
Hospital Indonesia di Gaza rawat 54 penduduk Palestin cedera diserang Israel
August 8, 2022· Dunia
Popular
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
December 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
750 mangsa banjir empat negeri ditempatkan di 13 PPS
3 jam lalu · Isu semasa
1,597 kes baharu, enam kematian
6 jam lalu · Isu semasa
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
16 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
21 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
21 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok