Tun M akan jawab saman bekas KPN di mahkamah

May 4, 2021 · Isu semasa

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan menerima surat saman fitnah yang dihantar oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepadanya hari ini berhubung tuduhan skandal semasa pentadbiran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata bersedia untuk berdepan tindakan undang-undang yang diambil oleh Khalid itu di mahkamah.

Untuk itu, Ahli Parlimen Langkawi itu telah mengarahkan peguamnya untuk segera memberikan respon terhadap tindakan saman itu.

“Saya akan jumpa dia (Khalid) di mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahad lalu, Khalid memberi Dr Mahathir tujuh hari untuk memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya yang berunsur fitnah bulan lalu.

Khalid turut menuntut penaja Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu menarik balik kenyataan disiarkan sebuah portal berita yang disifatkan tidak benar dan menjejaskan reputasi serta maruahnya selaku bekas KPN.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan ‘Khalid Abu Bakar bocor rancangan pada Najib’, yang disiarkan menerusi sebuah portal pada 16 April lalu.

Antara kandungan ayat yang didakwa fitnah ialah “Tindakan ke atas Najib Razak gagal dilaksanakan lebih awal kerana dibocorkan oleh ketua polis negara waktu itu Khalid Abu Bakar, dakwa Dr Mahathir Mohamad.

Berikutan itu, Khalid mengarahkan firma guaman Gunaseharan & Linda untuk menghantar notis tuntutan kepada Dr Mahathir bertarikh 22 April lalu bagi menuntut bekas Perdana Menteri ke-7 berkenaan supaya memohon maaf kepada secara terbuka dan menarik balik kenyataannya, sebelum ini.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
23 jam lalu· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023· Politik
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok