Syor tanding di Parlimen Seremban bakal bunuh kerjaya politik Khairy

September 4, 2022 · Politik

Cadangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban supaya Timbalan Ketua Bahagian Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertanding di Parlimen Seremban pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, bertujuan membunuh kerjaya politik Menteri Kesihatan itu.

Khairy dilihat tergolong dalam barisan baharu yang berpotensi untuk mengambil alih kepemimpinan tertinggi UMNO dan langkah beliau harus dicantas terlebih dahulu, kata individu yang rapat dengannya tetapi tidak membenarkan nama disiarkan.

Sumber itu mengimbas sejarah Khairy bertanding Presiden UMNO pada 2018 dan memperoleh 51 undi di belakang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (93 undi), tetapi mendahului veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah (23 undi).

“Dia adalah antara barisan baharu yang masih berusia di bawah 50 tahun dalam UMNO, tetapi telah menunjukkan potensi untuk memimpin negara. Menjadi menteri pada 2013 hingga Barisan Nasional (BN) kalah PRU-14 pada 2018.

“Kerjaya menteri tertenti sekejap apabila Pakatan Harapan (PH) memerintah Kerajaan Pusat selama 22 bulan. Tetapi sebaik Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran negara, dia diangkat semula menjadi menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Potensi kepemimpinannya dipercayai oleh parti lain, dan apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri, Khairy diberi tanggungjawab besar sebagai Menteri Kesihatan untuk menangani wabak Covid-19 yang melanda negara.

“Pemimpin UMNO yang telah berusia lebih 50, 60 tahun sekarang melihat bahaya potensi Khairy. Apa lagi dengan Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan) juga bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

“Jadi suruh Khairy kosongkan kerusi Rembau dan tawarkan di kerusi boleh kalah seperti Seremban… ini rancangan untuk mencantas Khairy,” kata sumber itu lagi ketika diminta mengulas cadangan supaya Ahli Parlimen Rembau itu bertanding di Seremban pada PRU-15 akan datang.

Terdahulu, Pemuda UMNO Bahagian Seremban mengalu-alukan Khairy jika berminat untuk bertanding di kawasan Parlimen Seremban pada PRU-15.

Ketuanya, Zool Amali Hussin dipetik sebagai berkata kepemimpinan tertinggi UMNO diharap dapat melihat cadangan berkenaan secara positif.

Katanya, langkah itu susulan Khairy dikatakan terpaksa memberi laluan kepada Tok Mat yang berhasrat bertanding di Parlimen Rembau.

“Saya amat berharap serta mengalu-alukan Khairy bertanding di Parlimen Seremban memandangkan bilangan pengundi muda dan Melayu di sini yang semakin bertambah.

“Pucuk pimpinan parti diharap dapat merealisasikan impian UMNO untuk bertanding di Parlimen Seremban dengan memberi laluan kepada Khairy sebagai calon,” kata Zool Amali dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Khairy dalam satu program di Kuala Lumpur dilaporkan mengesahkan beliau tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15.

Keputusan itu dibuat selepas beliau diarah mengosongkan kerusi berkenaan oleh Tok Mat yang mahu bertanding di Parlimen Rembau, selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.

Khairy mengakui terpaksa akur dengan arahan itu walaupun tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen lain, memandangkan sudah lebih 20 tahun berpolitik di Rembau.

“Saya (baru-baru ini) menerima satu mesej daripada (Timbalan Presiden Umno) Mohamad (Hasan) untuk memberi laluan.

“Saya akan ikut apa yang Umno mahu dan di mana mereka mahu saya bertanding. Tak apa. Saya belum terima sebarang arahan. Saya akan berasa malu untuk ceroboh kawasan lain.

Menurut Khairy berkemungkinan senario terburuk adalah beliau tidak akan bertanding pada PRU-15 dan tidak mahu menceroboh kawasan orang lain hanya semata-mata untuk bertanding.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Seremban disandang Anthony Loke yang kini Setiausaha Agung DAP sejak tiga penggal lalu bermula pada PRU-12 hingga yang terakhir pada PRU-14 mengalahkan calon MCA, dan PAS.

Dalam ketiga-tiga PRU itu undi yang diperoleh Anthony Loke sentiasa meningkat iaitu memperoleh 48 peratus pada 2008, 52 peratus (2013) dan 60 peratus (2018).

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Ini kali pertama dapat Perdana Menteri yang kita rasa malu: Ahmad Fadhli
June 21, 2023
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok