Polis siasat Neelofa, suami beli karpet di Nilai 3

May 3, 2021 · Isu semasa

Polis Daerah Nilai akan memanggil Neelofa dan suaminya PU Riz selepas gambar dan video kedua-duanya sedang membeli karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman dalam satu kenyataan hari ini berkata, polis sudah menyemak gambar dan video yang tular itu dan akan memanggil kedua-duanya untuk memberi keterangan daam masa terdekat.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat No. 4) 2021.

“Siasatan juga akan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 15 saat dipercayai dimuat naik Neelofa di Instagram (IG) Story, memaparkan dirinya dan suami berada di kedai menjual karpet dikatakan di Pusat Borong Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, klip video itu kemudiannya dipadamkan.

Malah, beberapa pengguna laman sosial Twitter turut mendakwa melihat pasangan terbabit di Nilai 3, sekali gus menghangatkan lagi spekulasi mereka melakukan kesalahan rentas negeri.

Sebelum ini, Neelofa dan PU Riz dikompaun RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) majlis perkahwinan dan ‘bulan madu’ di Langkawi.

Berita berkaitan
Pekerja salah guna Instagram ibu Neelofa hina Sultan Johor
May 31, 2021· Isu semasa
Neelofa hanya hantar peguam ke parkir kereta, nafi langgar SOP lagi
May 24, 2021· Isu semasa
Dakwaan Nilai 3 dalam Selangor, admin N9 Radar sedia disoal siasat
May 24, 2021· Isu semasa
Pakai niqab tanpa pelitup hidung dan mulut adalah salah
May 22, 2021· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Pihak berkuasa batal ubat tradisional mengandungi racun berjadual
June 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok