Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh

August 15, 2022 · Isu semasa

Walaupun mahkamah sudah menolak permohonan dikemuka sebelum ini, peguam Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi menggesa agar perbicaraan dalam kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan ditangguhkan juga.

Untuk rekod, Mahkamah Persekutuan pada 29 Julai lalu sudah menolak permohonan Najib untuk menangguhkan perbicaraan tetapi hari ini peguam Najib, Hisyam Teh Poh Teik berkata perbicaraan perlu ditangguh sehingga siasatan terhadap Hakim Bicara, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali selesai.

Hari ini bermula perbicaraan kes SRC International melibatkan Najib di Mahkamah Persekutuan.

“Seperti yang dijelaskan dalam afidavit pemohon (Najib) keterangan-keterangan ini mengandungi bukti material yang menunjukkan terdapat konflik kepentingan dan berat sebelah membabitkan Hakim Bicara dalam perbicaraan kes SRC.

“Oleh itu kami memohon agar permohonan ini dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai dan wajar oleh Mahkamah ini dibenarkan,” kata Hisyam Teh menurut laporan Utusan Malaysia.

Hakim Mohd. Nazlan adalah hakim bicara di peringkat Mahkamah Tinggi yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC International dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta pada 28 Julai 2020.

Hakim Mohd. Nazlan telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 4 Februari 2022.

Terdahulu, Hisyam memohon agar panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menerima masuk tujuh set bukti baharu termasuk membabitkan Hakim Mohd. Nazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan.

Jelasnya, bukti-bukti baharu itu wajar diterima masuk bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan.

Tambah peguam itu, wujud bahaya yang nyata kerana terdapat syak wasangka terhadap peranan Hakim Mohd. Nazlan ketika menjawat jawatan di Maybank sebagai kaunsel (general counsel).

Selain Hakim Tengku Maimun, panel turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Najib memohon untuk memasukkan dalam rayuan akhirnya, antaranya keterangan viva voce (lisan) pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rosli Hussein berhubung siasatan skandal SRC International.

Selain Hisyam Teh, peguam dalam pasukan pembelaan Najib ialah Datuk Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat, Rueben Mathiaravanam dan Hannah Kam.

Sementara itu, pendakwaan diketuai Ketua Pendakwa Raya Ad Hoc Datuk V Sithambaram Timbalan Pendakwa Raya Donald Joseph Franklin; Sulaiman Kho Kheng Fuei; Mohd Ashrof Adrin Kamarul; dan Manjira Vasudevan.

Najib telah memfailkan 94 alasan mengapa Mahkamah Rayuan telah tersilap dalam keputusannya untuk mengekalkan sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi.

Sebelum ini, pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas Najib didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram RM42 juta dana milik SRC.

Selepas sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dikekalkan di Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
18 jam lalu· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok