Rayuan kes SRC Najib: Usul masuk bukti tambahan dibenarkan mahkamah

August 15, 2022 · Isu semasa

Permohonan Datuk Seri Najib Razak dalam usul dikemukakan bagi memasukkan bukti tambahan dalam perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd dibenarkan Mahkamah Persekutuan.

Bukti tambahan yang dikemukakan itu melibatkan keterangan beberapa individu ke dalam rayuan akhir penyelewengan dana RM42 juta milik SRC yang bermula perbicaraannya hari ini, menurut laporan BH.

Kebenaran memasukkan bukti tambahan itu antaranya keterangan viva voce (lisan) pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Hussein, berhubung siasatan skandal SRC .

Keterangan itu adalah sama ada beliau (Rosli) menyedari peranan lalu dan pembabitan hakim perbicaraan kes SRC, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Maybank Group.

Antaranya berhubung perkhidmatan nasihat strategik yang diberikan Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn Bhd kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi penubuhan SRC pada 2010/2011.

Ia juga berkaitan pemberian pinjaman RM4.7 bilion Maybank kepada 1MDB bagi perolehan Tanjong Energy Berhad pada 2012.

Bukti tambahan lain ialah keterangan lisan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, berhubung peranannya ketika menjadi CEO 1MDB dalam urusan dan pelantikan Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn Bhd serta pegawainya berkaitan perkhidmatan nasihat strategik dalam penubuhan SRC International pada tahun 2010/2011.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berkata, mahkamah belum membuat keputusan berhubung merit substantif pada peringkat ini.

Sehubungan itu, Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Najib mengemukakan hujahan permohonan notis usul berkenaan sebelum Mahkamah Persekutuan memberikan keputusan.

Selain Hisyam, peguam dalam pasukan pembelaan Najib ialah Datuk Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat, Rueben Mathiaravanam dan Hannah Kam.

Sementara itu, pendakwaan diketuai Ketua Pendakwa Raya Ad Hoc Datuk V Sithambaram Timbalan Pendakwa Raya Donald Joseph Franklin; Sulaiman Kho Kheng Fuei; Mohd Ashrof Adrin Kamarul; dan Manjira Vasudevan.

Najib telah memfailkan 94 alasan mengapa Mahkamah Rayuan telah tersilap dalam keputusannya untuk mengekalkan sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi.

Sebelum ini, pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas Najib didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram RM42 juta dana milik SRC.

Selepas sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dikekalkan di Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok