RUU Sumbangan Politik dibentang pada Oktober: Wan Junaidi

August 13, 2022 · Isu semasa

Kerajaan akan membentang Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik pada Oktober nanti, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Langkah membentang undang-undang berhubung sumbangan politik itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dalam satu kenyataan hari ini dengan memberitahu ia akan dibawa dalam mesyuarat Kabinet bulan depan.

“Satu memorandum Jemaah Menteri dijangka dibentangkan pada mesyuarat Kabinet pada September ini bagi membolehkan RUU Sumbangan Politik dibentangkan pada sidang Parlimen yang akan diadakan pada Oktober 2022,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Wan Junaidi juga memaklumkan, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan enam entiti termasuk Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung RUU berkenaan.

Perbincangan itu turut membabitkan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM).

“Antara perkara dasar penting yang telah dibincangkan adalah berhubung penubuhan entiti pengawalseliaan sumbangan politik, penyumbang yang dibenarkan dan penetapan penalti ke atas kesalahan di bawah undang-undang ini,” katanya lagi.

Beliau mengarahkan GIACC memperhalusi perkara-perkara dasar berkenaan, manakala BHEUU dan AGC pula menyediakan draf pentadbiran dengan mengambil kira pandangan serta contoh-contoh dikemukakan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Selain itu, analisis perbandingan pemakaian undang-undang ini dari negara-negara lain perlu dilaksanakan bagi tujuan penanda aras undang-undang ini,” katanya turut mengesyorkan undang-undang itu diselaraskan dengan undang-undang sedia ada di bawah RoS dan SSM.

Wan Junaidi berkata, beliau juga menyarankan agar draf pentadbiran disediakan secepat mungkin bagi membolehkan sesi libat urus diadakan dengan semua pemegang taruh mengikut garis masa yang akan disediakan oleh GIACC.

“Bagi menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus politik, adalah wajar undang-undang ini dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Pada 19 Mei lalu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) bersetuju secara dasar dengan cadangan Pelaksanaan Dasar Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik, namun ia masih perlu dibincangkan dengan ahli Kabinet sebelum sesi libat urus dengan parti-parti politik.

RUU berkenaan dilihat penting kerana sehingga kini tiada undang-undang atau peraturan yang mengawal selia pembiayaan politik, selain dapat mengelak risiko rasuah serta penyalahgunaan kuasa membabitkan ahli politik yang memberi impak negatif kepada imej negara dan kerajaan.

Berita berkaitan
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok