Tiga parti besar Melayu bakal jadi pembangkang selepas PRU-15: Idris

August 12, 2022 · Politik

Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad memberi amaran bahawa ketiga-tiga parti terbesar bangsa Melayu – PAS, Bersatu dan UMNO – bakal menjadi pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), jika terus berpecah seperti sekarang.

Bahkan, katanya parti-parti kecil berteraskan Melayu yang lain juga tidak akan dapat memenangi PRU-15 untuk menjadi kerajaan sekiranya bertanding bersendirian.

“Sekiranya parti politik Melayu-Islam terus berpecah, maka tiada yang akan memenangi kerusi pilihan raya dan kembali menjadi pembangkang,” katanya merujuk kepada keputusan PRU-14 lalu.

“Tolong ‘listed’ (senaraikan) kerusi mana yang kita eksyen (berlagak) sangat kalau kita pecah kita boleh menang? Tolong listed. Sebab itu kalau kita pecah, PRU14 (dulu) result dia keputusan begitu.”

Berucap merasmikan Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Gombak di Dataran Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar, malam tadi, Idris menggunakan peribahasa ‘jangan terhatuk batu terngadah’.

“Kerana ketika itu tidak akan ada maknanya lagi kerana ‘nasi sudah menjadi bubur’ disebabkan sentimen ketika ini sesama parti Melayu-Islam marah kepada satu sama lain.

“Kita lupakan, tak perlulah kita nak ungkit sejarah-sejarah apa yang mereka lakukan, tapi kita berjiwa besar, kita buka buku baru. Kita berpolitik biar nampak cerdik. Biar kita mati esok anak cucu kita kenang kita.

“Jangan kita mati nanti, anak cucu kita kencing atas kubur, datukku memang tak guna punya orang, berjuang kerana kepentingan perut. Nak bergaduh hingga kami jadi macam ni. 22 bulan tak serik lagi ke, Allah Taala masih sayang kepada kita,” ketanya memetik laporan Harakah.

Idris berkata PAS mentarbiyah pimpinan dan ahlinya bahawa berpolitik adalah untuk menunaikan tanggungjawab kepimpinan yang sebenarnya berat di sisi Allah SWT, namun ia adalah amalan dan menjadi penentuan kehidupan setelah mati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu juga menolak pandangan salah sesetengah anak muda yang marahkan politik sehingga mahu memboikot pilihan raya, sedangkan ia adalah wadah penting masyarakat dan negara melibatkan kepentingan masa depan generasi.

Katanya secara mudah difahami, apabila pilihan raya tidak disertai oleh orang yang baik, maka golongan jahat akan memenangi dan menguasai lalu mengetuai kehidupan semua pihak.

Menurutnya, biarpun ada kecacatan dan kelompangan dalam sistem demokrasi serta lebih mudah dirasa berdemonstrasi di jalanan, tetapi PAS sejak penubuhannya tetap juga menyertai pilihan raya.

“Alhamdulillah. Walau bagaimanapun kita tidak berada di zon yang selesa. Kita tidak mahu pimpinan-pimpinan kita berada di dalam keadaan zon selesa. Kita tetap terus bekerja kita mengatur strategi di samping kita terus berdoa dan bermunajat dengan Allah S.W.T,” ujarnya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok