Siapa ‘jerung’ di belakang skandal kapal tempur: Rafizi tanya Najib

August 11, 2022 · Isu semasa

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli membayangkan wujud perancangan tersusun dari awal untuk memastikan penyelewengan dana projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) dapat disembunyikan melalui pelbagai transaksi yang rumit.

Menurutnya ini termasuk mewujudkan dua lapisan subkontraktor sedangkan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) boleh saja menguruskan projek ini dengan sendiri.

“Sebab itu, saya tegaskan sekali lagi bahawa bukti-bukti setakat ini menunjukkan penyelewengan dalam projek LCS telah dirancang dari awal, termasuk dengan mewujudkan syarikat-syarikat yang atas kertas nampak milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tetapi dikawal oleh individu-individu tertentu.

“Persoalan paling besar, siapa jerung besar di belakang individu-individu tertentu yang mempunyai pengaruh dan kuasa sebegitu rupa?,” katanya merujuk kepada kenyataan bekas Perdana Menteri ketika projek itu dilaksanakan, Datuk Seri Najib Razak.

Rafizi berkata beliau telah mendedahkan bagaimana projek kapal LCS menggunakan dua lapis subkontraktor iaitu Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) sehingga menyebabkan kos naik tiga kali ganda (kos sebenar dari DCNS hanya RM397 juta tetapi yang dituntut daripada kerajaan oleh subkontraktor adalah RM1.2 bilion).

Katanya seperti yang diduga, Najib dengan cepat menjawab bahawa subkontraktor CAD dan CED adalah syarikat-syarikat bersekutu LTAT.

“Beliau langsung tidak menjawab isu komisen 200 peratus yang saya timbulkan, cukup sekadar membayangkan dia tidak terbabit dalam skandal ini kerana subkontraktor CAD dan CED adalah syarikat-syarikat bersekutu LTAT.”

Maka, untuk menjawab Najib, saya simpulkan dan timbulkan perkara-perkara ini:

1. Atas campur tangan siapa yang begitu berani hingga Boustead/BNS melepaskan kawalan ke atas subkontraktor CAD/CED kepada bukan rakyat Malaysia sedangkan Boustead memegang saham majoriti?; dan

2. Atas pengaruh dan campur tangan siapa yang membawa masuk RAD sedangkan maklumat pada ketika itu menunjukkan mereka tidak ada kepakaran sepenuhnya untuk mengendalikan projek ini?

Rafizi turut menyenaraikan latar belakang pembabitan LTAT (melalui Boustead) di dalam CAD:

  • Anak syarikat LTAT, Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) meluluskan pembelian saham 51% di dalam CAD pada 28 April 2010. 49% lagi saham CAD dimiliki oleh Rheinmetall Air Defence AG (RAD), sebuah syarikat kontraktor pertahanan dari Jerman yang dipegang melalui anak syarikat milik penuhnya RD Investment AG;
  • Keputusan untuk membeli saham majoriti CAD itu dibuat di dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah BHIC bertarikh 28 April 2010, iaitu setahun setengah sebelum Kerajaan Malaysia melantik BNS menjadi kontraktor membangun dan membina 6 kapal perang LCS melalui satu surat lantikan (LOA) bertarikh 16 Disember 2011;
  • Dalam perjanjian pembelian 51% pegangan dalam CAD bertarikh 13 Ogos 2010 di antara BHIC (melalui anak syarikatnya) dan RAD (melalui anak syarikatnya), BHIC bersetuju bahawa RAD yang mempunyai kawalan pengurusan (“management control”) ke atas CAD, walaupun CAD dimiliki secara majoriti oleh BHIC; dan
  • Pengerusi Lembaga Pengarah BHIC yang bersetuju dengan keputusan tidak masuk akal ini adalah Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, bekas Ketua Pegawai Eksekutif LTAT yang diketahui umum cukup rapat dengan Najib Razak.

Ini, kata Rafizi adalah satu tindakan yang tidak masuk akal kerana dalam mana-mana aturan syarikat yang mempunyai dua pemegang saham berbeza, kawalan pengurusan dipegang oleh pemegang saham majoriti.

“Akibat dari keputusan tidak masuk akal itu, CAD hanya dimiliki oleh Boustead (dan LTAT) atas kertas sahaja.

“Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO), dua jawatan pengurusan paling penting di dalam CAD dipersetujui dilantik oleh RAD (bukannya Boustead/LTAT). CEO CAD adalah Gordon Hargreave yang mewakili RAD.

“Selain dari mengawal pengurusan CAD, wakil-wakil RAD juga diberi kuasa menandatangani cek dan meluluskan perbelanjaan tanpa perlu merujuk kepada wakil BHIC di dalam CAD,” katanya.

Berita berkaitan Subkontraktor CAD, CED milik Boustead tapi dikawal bukan rakyat Malaysia

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
October 2, 2022
Gejala sugar baby, baby boy kian meningkat
August 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok