KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah

October 2, 2022 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi komitmen untuk menyelesaikan segera isu penduduk tanpa dokumen di Sabah yang kini sudah melebihi sejuta orang, kata Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata ini kerana pendatang tanpa izin (PATI) di negeri itu dikesan memberi pelbagai masalah kepada semua pihak, termasuk dalam isu sosial dan keciciran pendidikan.

Menurutnya isu itu akan dijadikan keutamaan KDN untuk diselesaikan dengan segera, melalui kerjasama antara rakyat dan sokongan kerajaan Sabah.

“Di Sabah sudah lebih sejuta tidak mempunyai dokumen dan akhirnya ia menyukarkan masa depan mereka. Anak mereka lahir tanpa dokumen, tidak boleh ke sekolah dan tiada pendidikan sekali gus sukar untuk mencari pendapatan,” katanya menurut BH.

Pada program dialog awam Kita Demi Negara yang diadakan secara maya dan fizikal di Kota Kinabalu, hari ini (2 Oktober 2022), Hamzah berkata antara isu penguatkuasaan dihadapi Sabah ketika ini adalah pencerobohan sempadan sama ada darat atau laut.

“Ini berlaku kerana Sabah mempunyai sempadan yang luas dan panjang dan menyebabkan jenayah senang berlaku. Antara yang timbul adalah kemasukan nelayan asing ke perairan negara yang mencuri segala hasil laut. Orang kita diberi lesen tetapi memberi kepada nelayan asing.

“Begitu juga jenayah demi wang tebusan. Ia sering kedengaran dan memberi kesukaran untuk penguatkuasaan kita. Pencerobohan PATI mengambil hasil kita dan bawa semula ke negara mereka, yang akhirnya merugikan kita,” katanya.

Menjawab soalan mengenai persiapan Malaysia terhadap perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan, Hamzah menjelaskan, kerajaan sedang menjalankan kajian dan analisis terhadap keselamatan di sempadan Sabah.

“Apabila kita melihat kesungguhan Indonesia mahu membawa ibu kota ke Kalimantan, kita juga perlu bersedia dari segi ekonomi untuk membangunkan kawasan-kawasan sempadan supaya perniagaan secara sistem barter menjadi lebih mudah dan memberi kesan ekonomi terhadap rakyat Sabah.

“Kita mungkin akan memperbesarkan pelabuhan-pelabuhan khususnya di kawasan barat dan membuka jalan lebih baik, tetapi kita juga mengkaji dan menganalisa keselamatan dan kesesuaian yang ada, bukan hanya untuk keluar masuk sahaja sebaliknya pembangunan di sempadan,” katanya.

Mengulas mengenai program Kita Demi Negara di Sabah, beliau berkata, ia menjadi acara penting supaya rakyat di negeri itu bekerjasama untuk menurunkan kes jenayah dari semasa ke semasa selain menghidupkan semangat patriotisme ke tahap yang lebih tinggi.

“Kita nak buktikan bahawa ia bukan penguatkuasaan semata-mata tetapi dengan semangat kekitaan dan keredaan Allah, kita boleh jadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dibanggakan.

“Melalui program ini juga kita mahu beri tanggungjawab kepada rakyat untuk menjadi mata telinga kepada KDN dan menjadi ejen penyebar maklumat,” katanya.

Berita berkaitan
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023· Politik
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
September 27, 2023· Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023· Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023· Isu semasa
Popular
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
8 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
17 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
17 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
17 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
4 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok